Ardell Aryana minta adik dukung, nanti boleh usung ke liang lahad…

0
927

Umum mengetahui, Ardell Aryana sedang menghidap kanser tahap tiga, namun sehingga kini pelakon itu lebih selesa untuk menutup mulut mengenai tahap kesihatannya.

Manakala di laman IG, Ardell sering memuat naik posting tersenyum manis seolah-olah dia mahu melupakan kesakitan yang dialaminya.

Baru-baru ini, salah seorang adik Ardell, Mohd Nur Faiz telah memuat naik gambarnya sedang mendukung Ardell berserta caption yang menyentuh hati netizen.

“Selamat pagi awak. Semoga urusan awak hari ni berjalan dengan lancar. Kami sekeluarga selalu doa yang terbaik untuk kau.

“Kami semua sayang kan kau. Eh awak ni nak manja2 pulak pagi2 macam ni mintak suruh dokong. Hahaha,” kata adiknya.

Posting tersebut mendapat respon daripada Ardell yang menyatakan dia amat menghargai pengorbanan ahli keluarganya selama ini.

“Awak kena training dokong saya, 1 hari nanti adik beradik lelaki juga usung dan dokong hantar adik beradik perempuannya ke liang lahad,” balas Ardell.

Luahan hati pelakon berusia 28 tahun itu mengundang perhatian netizen yang rata-rata berasa sebak dan mendoakan agar dia diberikan kekuatan untuk menempuh ujian ini.

Sedihnya sis!

Kak Ardell kuat..

Semoga cepat sembuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here