Portal berita terbaik anda

Utama

Gadis kecewa gambar diguna tanpa izin aplikasi Sugarbook

SEORANG gadis membuat laporan polis, semalam selepas mendapati gambarnya disalahguna laman sesawang dan aplikasi temu janji ‘Sugarbook’

Menurut Pencetus Ummah (PU) Rahmat, tindakan Sugarbook itu adalah zalim dan jahat kerana menggunakan gambar orang lain tanpa izin untuk melakukan perkara yang terkutuk sehingga masyarakat mencemuhnya seolah-olah dia perempuan jalang.

“Sugarbook zalim, jahat. Kasihan sungguh adik muslimah ini, gambar Adik Balqis digunakan tanpa izin untuk menawarkan khidmat seks di website Sugarbook.

“Adik Balqis sekarang merasa sedih dan depresi apabila masyarakat mencemuh dan menghina beliau kerana salah sangka bahawa dia menjadi sugar baby.

“Bayangkan kalau adik muslimah ini anak tuan puan. Dimalukan, diaibkan dan dihina satu Malaysia seolah-olah perempuan jalang,” katanya.

PU Rahmat berkata, dia telah mengajak gadis itu dan ayahnya untuk membuat laporan polis agar tindakan undang-undang dikenakan kepada pengasas Sugarbook yang durjana ini.

Berikutan itu, PU Rahmat meminta netizen agar menyebarkan hantarannya di Facebook bagi membersihkan nama gadis terbabit selain memberi tekanan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pengasas Sugarbook.

“Jangan lupa juga untuk tandatangan petisyen di pautan https://community.sumofus.org/petition/1faeba9f agar pihak NGO kami dapat membawa suara anda semua kepada pihak berwajib.

“Berikan juga komen yang memberi semangat agar adik Balqis yang baru berusia 19 tahun kekal positif dan emosinya stabil setelah tercalar kerana fitnah dan aib daripada Sugarbook yang durjana,” katanya.

Polis sahkan pengasas Sugarbook ditahan

Sementara itu, polis memaklumkan mereka telah menahan seorang lelaki tempatan dipercayai pengasas laman sesawang dan aplikasi temu janji ‘Sugarbook’

Suspek berusia 43 tahun dan berasal dari Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan ibu negara, menerusi Op Sugarbook kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam kenyataan, berkata permohonan reman ke atas suspek akan dibuat hari ini di Mahkamah Shah Alam.

“Menerusi siasatan awal, suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook.

“Siasatan ke atasnya dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Beliau berkata, siasatan ke atas suspek juga dijalankan mengikut Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Loading...

Leave a Reply