Portal berita terbaik anda

Utama

Gara-gara tak puas hati, lelaki tendang rider Foodpanda sampai terjatuh

Insiden seorang lelaki bertindak menendang seorang wanita yang juga penghantar makanan di Bandar Puteri Puchong, semalam dipercayai berpunca daripada perselisihan faham.

Dalam video berdurasi 58 saat yang tular di Facebook, menunjukkan seorang wanita terjatuh akibat ditendang seorang lelaki.

Selain video tersebut, satu lagi video turut tular adalah tindakan seorang lelaki yang didakwa menendang wanita berkenaan.

Susulan kejadian itu, beberapa penghantar makanan dilihat berkumpul di hadapan premis terbabit menunjukkan protes.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 4.10 petang, lelaki terbabit dipercayai tidak berpuas hati kerana wanita yang menunggang motosikal telah memotong ketika dia ingin membuat pusingan U.

“Akibat kejadian itu, lelaki terbabit menunjukkan isyarat lucah sebelum bertindak menolak mangsa. Mangsa turut ditendang sebanyak tiga kali di bahagian pinggang menyebabkan dia terjatuh. Pengawal keselamatan telah meleraikan insiden itu,” katanya.

Menurutnya, susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Puchong untuk tindakan lanjut.

“Kedua-dua individu berkenaan telah dirakam keterangan dan wanita berkenaan bersetuju untuk menyelesaikan kes tersebut secara baik serta menarik balik laporan polis yang dibuat,” katanya.

Loading...

1 Comment

  1. zainab abdul manap

    ishh..
    Gerun cik nab mendengor berita ni.
    Apa ke bendul nya org laki tendang2 org pempuan.
    Mana pegi telur kerandut kamu ?
    Sudah itu, di tendang nya kena kat pinggang.
    Aihh.. mengerokot ngilu oi.
    Cik nab boleh imagine kan tu.

    Tlg la lepas2 ni jgn dah buat gitu lg kat org pempuan.
    Kami ni insan yg lemah.
    Lain la org pempuan yg join gusti smackdown tu.
    Diorg brutal gagah .
    Nk suruh diorg lawan tomoi ngan beruang coklat grizzly pun, diorg mampu .

Leave a Reply to Cancel reply