Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Jenayah

Apa sudah jadi kes anak Mohamad Sabu?

SHAH ALAM – Status kes anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, yang ditahan kerana positif ganja di sebuah kelab malam, kekal misteri apabila wujud kenyataan bercanggah.

Meskipun sudah sebulan berlalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini memaklumkan bahawa pihaknya masih belum mendapat butiran lanjut tentang kes tersebut.

Jelas Mohamad Fuzi, sebaik sahaja butiran lanjut diperolehi, pihaknya akan merujuk kes tersebut kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya.

Sedangkan, pada 25 Januari lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim memberitahu, kertas siasatan sudah siap dan akan diserahkan kepada DPP dalam masa terdekat.

“Kita belum dapat butiran, sebaik sahaja dapat nanti, kita akan rujuk kepada DPP. Itu yang saya dapat laporkan buat masa ini,” katanya ketika diminta mengulas status terkini kes berkenaan.

Pada 5 Januari lalu, Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31, ditahan dalam Op Pusat Hiburan selepas positif ganja dalam serbuan di pusat hiburan di Jalan Ampang.

Serbuan itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 12.30 malam. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén