Portal berita terbaik anda

Utama

Apa motif lukis mural pemimpin negara India di SJKT?

PENULARAN gambar dinding hadapan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Sungai Siput yang memaparkan lukisan mural didakwa tokoh pemimpin dari India mencetuskan reaksi pelbagai pihak.

Gambar dimuat naik seorang warganet memaparkan lukisan dinding hadapan SJKT Mahatma Ghandi Kalasalai turut mendapat reaksi kurang senang pelbagai pihak dan menyifatkan sekolah itu tidak patriotik.

Lukisan mural turut mendapat reaksi warganet yang mahu penjelasan kenapa gambar pemimpin tempatan tidak dijadikan sebagai lukisan, sebaliknya pemimpin dari negara asing dipilih.

Sedangkan terdapat pemimpin dalam kalangan kaum itu yang berjasa kepada negara seperti Tun V T Sambanthan dan Tun S Samy Vellu.

Sehingga pagi ini, status berkenaan menerima 4,500 perkongsian dan 3,900 komen yang mana rata-rata mahukan penjelasan terhadap lukisan mural di sekolah berkenaan dan menyifatkannya tidak patriotik.

Guru besar sekolah berkenaan, T Muthuselvan ketika dihubungi, menafikan dakwaan pihak sekolah tidak patriotik sebaliknya memberitahu lukisan mural seterusnya di dinding dalam kawasan sekolah akan dilukis dengan wajah tokoh negara.

Katanya, lukisan mural itu adalah projek diilhamkan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masih belum siap sepenuhnya manakala gambar ditular hanya mural di luar pagar sekolah.

Menurutnya, perkara itu seharusnya tidak perlu diperbesarkan kerana projek itu akan disusuli dengan projek menceriakan dinding bahagian dalam halaman sekolah dengan menginspirasikan tokoh tempatan.

“Mural seperti ditularkan baru sahaja siap kira-kira dua minggu lalu dan kita sememangnya sudah merancang untuk menyambung semula projek ini dalam halaman kawasan sekolah dalam masa terdekat.

“Kalau kita lihat di SJKT lain pun, situasinya sama iaitu gambar tokoh pendeta bahasa Tamil akan menghiasai pagar sekolah di bahagian luar.

“Tambahan pula, kami sudah pun merancang sejak sebulan lalu selain memperuntukkan ruangan di sebelah dalaman perkarangan sekolah yang akan dihiasi gambar bertemakan tokoh sasterawan dalam negara termasuk Usman Awang,” katanya.

Loading...

Leave a Reply