Portal berita terbaik anda

Politik

Anwar rabun dekat atau tuli badak? – Nasrudin

SHAH ALAM – Pas hari ini tampil membalas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengajukan beberapa soalan terkumpul.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata Anwar mengalami rabun dekat atau tuli badak sekiranya tidak mengetahui peranan pimpinan Pas dalam isu 1MDB.

“YB Anwar telah menempelak golongan berserban, agamawan dan akademik kononnya golongan ini membisu ketika skandal kewangan 1MDB berlaku.

“Saya kira Anwar telah alami rabun dekat atau tuli badak bila gagal mengambil maklum peranan alim ulamak khasnya pimpinan Pas dalam isu 1MDB.

“Apakah beliau mahu pimpinan Pas yang berserban dan berijazah itu menjerit dan melaung-laung bagai ahli Parlimen mereka dalam Dewan Rakyat baru dinilai berperanan dalam menangani isu 1MDB?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Anwar ketika menyampaikan syarahan di Universiti Malaya menyifatkan selain ahli politik, golongan cendekiawan termasuk penjawat awam juga dipersalahkan susulan skandal 1MDB kerana sekadar membisu.

“Bukan saja pemimpin politik. Sarjana, penjawat awam, bukan sekadar membisu, tapi yang sanggup bersekongkol untuk mempertahankan kedurjanaan yang menimpa bangsa, rakyat dan negara.

“Berlakunya kebobrokan, kemusnahan sistem, rompakan begitu besar bukan semata-mata kerana nafsu serakah beberapa pemimpin politik, tetapi kerana golongan sarjana yang membisu, yang sanggup jadi perkakasan murahan atas nama kaum atau agama.

“Serban makin besar, janggut makin panjang, degree mungkin berjela tapi tak ada hati nurani dan etika,” kata Anwar lapor Malaysiakini.

Sehubungan itu, Nasrudin berkata beliau ada memikirkan beberapa soalan kepada Anwar melibatkan beberapa isu termasuk hasratnya mahu menjadi Perdana Menteri.

“Di mana suara lantang beliau ketika skandal kewangan yang terburuk dalam sejarah berlaku di Malaysia sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an? Adakah beliau juga telah menjadi alat perkakas murahan kerana gejolak nafsu untuk menjadi Perdana Menteri?

“Apa yang telah beliau lakukan ketika pelbagai skandal kewangan terbongkar sejak 1981? Di mana Anwar ketika negara mengalami kerugian berjumlah RM1.6 bilion akibat skandal syarikat Maminco (1981)?

“Di mana Anwar ketika negara diheret kerugian sebanyak RM2.5 bilion dalam kes Bumiputera Malaysia Finance (1983)? Di mana Anwar ketika negara rugi sehingga RM10 bilion akibat skandal syarikat Perwaja Steel 1988?

“Di mana Anwar ketika negara menanggung kerugian RM10 bilion dalam isu forex? Tidakkah ketika semua skandal kewangan negara berlaku, Anwar Ibrahim adalah sebahagian anggota kabinet kerajaan?,” katanya.

Katanya, Anwar hanya dilihat gigih melawan regim Tun Dr Mahathir Mohamad setelah dipecat daripada kerajaan dan parti.

Dalam pada itu, beliau menegaskan Anwar tidak perlu tunjuk hero dengan menghentam orang lain dalam isu 1MDB.

“Sebelum memenangi PRU Ke-14, PH untuk menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat Tun Mahathir. Di mana pula suruhanjaya siasatan sekarang?

“Anwar tidak perlu tunjuk hero dan menghentam orang lain dalam isu 1MDB kerana beliau 10 kali lebih teruk daripada itu,” katanya.

Loading...

Leave a Reply