Portal berita terbaik anda

Politik

Anwar Ketua Pembangkang baharu

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bersetuju menamakan Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Ketua Pembangkang.

Ketua Sekretariat PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, secara kelaziman jawatan Ketua Pembangkang diberi keutamaan kepada parti dalam blok pembangkang, yang mempunyai jumlah Ahli Parlimen paling ramai.

“Pada masa yang sama, pemilihan Ketua Pembangkang dilakukan dengan mengambil kira pandangan semua Ahli Parlimen, di blok pembangkang.

“DAP yang mempunyai jumlah Ahli Parlimen paling ramai telah memaklumkan kepada Majlis Presiden PH, bahawa mereka tidak akan menjawat jawatan Ketua Pembangkang,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata, surat serahan tangan berkenaan perkara itu kepada pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Isnin (4 Mei) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), telah dihantar pada hari ini . – BERNAMA

Loading...

Leave a Reply