Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Anwar kata tak perlu hangatkan isu abu Chin Peng

KUALA LUMPUR – Isu abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), mendiang Chin Peng yang dibawa balik ke negara ini tanpa kebenaran tidak sepatutnya menjadi hangat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun memahami perasaan dan sensitiviti tentera dan polis yang sebelum ini berjuang berdasarkan sejarah, namun Presiden PKR itu berkata, negara kini telah mencapai perdamaian.

Selain itu kata beliau, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak termasuklah dirinya juga mempunyai hubungan baik dengan Parti Komunis China dan kerajaan negara tersebut.

“Yang itu sekarang ini telah disiasat oleh polis, saya ini ambil pendirian yang lebih lunak maknanya tahu sejarah, tahu masalah kekejaman, tahu perlawanan, tahu sensitiviti dan tahu perasaan tentera dan polis tetapi juga tahu bahawa kita dah capai perdamaian, Tun Razak telah mula berunding dengan Chou En Lai (Perdana Menteri China) dan Datuk Seri Najib ada hubungan baik dengan Parti Komunis China dan kerajaan China, Tun Mahathir Mohamad teruskan, saya pun jumpa Parti Komunis China.

“Jadi, saya tak fikir soal abu itu harus jadi terlalu hangat, sudahlah,” kata Pengerusi kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen itu hari ini.

Untuk rekod, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, tinggal dalam buangan di Thailand sejak Perjanjian Damai Hat Yai 1989 dan meninggal dunia pada 16 September 2013 di sebuah hospital di Bangkok akibat sakit tua pada usia 90 tahun.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa abu mayat mendiang Chin Peng telah dibawa pulang ke Perak pada 16 September lalu selepas enam tahun kematiannya.

Baru-baru ini, Mahathir ketika diminta mengulas lanjut mempersoalkan niat pihak yang membangkitkan isu pembuangan abu mayat Chin Peng.

Bekas Ketua Polis Negara, Abdul Rahim Noor juga menegaskan tidak ada salahnya tindakan membawa pulang abu mayat Chin Peng dengan mengatakan pemimpin komunis itu bukan lagi menjadi suatu ancaman.

Setakat ini, dilaporkan polis memanggil lima telah memberi keterangan yang antaranya merupakan penyelaras kumpulan yang menguruskan berhubung isu membawa pulang abu mayat bekas pemimpin parti komunis itu. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén