Portal berita terbaik anda

Utama

Anonymous Malaysia mula godam laman web milik kerajaan

KUALA LUMPUR – Kumpulan penggodam Anonymous Malaysia mendakwa kumpulan yang digelar Cyberpunk Team sudah menggodam beberapa laman web milik kerajaan.

Menerusi akaun Facebook kumpulan berkenaan, ia mendakwa, laman web yang terlibat ialah laman milik kerajaan negeri Sabah, Perak, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Majlis Perbandaran Selayang.

Tindakan mengodam itu didakwa dilakukan pada lewat malam tadi.

Bagaimana semakan Astro AWANI mendapati hampir semua laman web itu berfungsi dengan baik, kecuali laman web kerajaan negeri Perak, yang tidak boleh diakses.

Pada Jumaat, sekumpulan penggodam menggelarkan diri mereka sebagai ‘Anonymous Malaysia’ memberi amaran kedua akan melancarkan serangan siber ke atas laman web kerajaan dan aset dalam talian menerusi #opswakeup21.

Dalam video berdurasi 3 minit 17 saat, mereka memberi amaran sejak 2015, penipu terus menipu rakyat melalui e-mel, panggilan telefon, media sosial dan aplikasi WhatsApp, dengan menawarkan wang kepada rakyat serta mengugut mereka seakan-akan mereka melakukan jenayah.

Dakwa mereka, puncanya disebabkan penyedia perkhidmatan kerajaan dan swasta yang mengandungi data peribadi rakyat digodam serta dibocorkan sebelum data itu kemudiannya dijual kepada pihak ketiga.

Loading...

Leave a Reply