Annuar Musa tanding jawatan Timbalan Presiden Umno

KOTA BHARU – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bakal merebut jawatan Timbalan Presiden Umno dalaman pemilihan parti itu 30 Jun ini.

Ketua Penerangan Umno itu akan mencabar bekas Menteri Besar Negeri Sembilan , Datuk Seri Mohamad Hasan dalam persaingan terbuka setelah BN mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya umum yang lalu.

Annuar berkata, keputusan dibuat dengan mengambil kira situasi terkini dalam parti dan setelah berbincang dengan pemimpin pemimpin kanan parti di peringkat nasional dan negeri.

“Kepada ALLAH SWT saya berserah.Semoga segalanya berjalan dengan baik dan kesetian ssya pada parti demi memperjuangkan agama, bangsa dan negara saya pertahankan,”katanya dalam satu kenyataan.

Pemangku Timbalan Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam mengesahkan beliau tidak akan bertanding mana-mana jawatan tertinggi dalam Umno.

Pencalonan pemilihan Umno ditutup pada 17 Jun dan pengundian akan berlangsung pada 30 Jun ini.

Loading...

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *