Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Anjing dipukul dengan kayu sampai berlumuran darah

Viral di media sosial video yang memaparkan seekor anjing dipukul sehingga berlumuran darah sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.

Menurut Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, haiwan malang itu dipukul menggunakan kayu oleh seorang lelaki sehingga menyebabkan mukanya berdarah teruk.

Pemilik anjing yang hanya dikenali sebagai Mersal Kumar kemudiannya membawa anjing miliknya itu ke klinik haiwan untuk diberikan rawatan sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, netizen menggesa pihak berkuasa supaya mencari individu tidak berhati perut itu agar dia dapat dihadapkan ke muka pengadilan.

Mereka juga mengecam tindakan individu tersebut selain menyifatkannya sebagai satu perbuatan yang melampau terhadap haiwan peliharaan.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén