Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Anak selalu tunjuk akhlak baik, akhirnya mak ayah terbuka hati peluk Islam

SEBAGAI seorang muslim, memang tidak dapat dinafikan perasaan gembira apabila menerima saudara baru yang memeluk agama Islam

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan, sesiapa yang memeluk agama Islam, dosanya yang lalu akan diampunkan ibarat bayi yang baru lahir.

Hidayah untuk memeluk agama Islam itu datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang hadir secara lancar dan tenang malah ada juga yang hadir dengan pelbagai cabaran yang berliku-liku.

Namun begitu, disebabkan keyakinan yang tinggi kepada Yang Maha Esa dan juga pada diri sendiri, sebarang halangan pasti dapat diatasi.

Pada Jumaat lalu, sepasang suami isteri berbangsa Cina telah melafazkan dua kalimah syahadah selepas selesainya solat Jumaat.

Jelas pasangan ini, keputusan tersebut dibuat selepas terpesona dengan tingkah laku dan akhlak kedua-dua orang anaknya yang telah masuk Islam sejak lapan tahun lalu.

Anak perempuan pasangan itu, Mitchelle Nur Alya telah memeluk Islam pada tahun 2011 dan diikuti adik lelakinya, Vincent Choo sekitar tahun 2013.

Melihat perubahan yang baik pada anak-anak, akhirnya Michael Choo Hock Eng dan isterinya, Verginia Pacolba Gaco Choo terbuka hati untuk mengikut jejak langkah kedua-dua anak mereka.

Satu temubual antara pasangan suami isteri itu dengan TV Alhijrah telah menarik ramai pihak untuk mendengar kisah penghijraan mereka berdua.

Menerusi temubual tersebut, mereka menjelaskan bahawa kedua-dua anak mereka telah memberikan satu inspirasi dan contoh yang baik tentang ajaran Islam.

Berita dam kisah penghijaran keluarga ini turut mengembirakan para netizen. Ramai yang mengucapkan syukur terhadap mereka sekeluarga kerana berjaya memeluk Islam.

Pastinya ini merupakan satu kegembiraan tak terhingga buat Mitchelle Nur Alya dan Vincent Choo. Tahniah kepada mereka kerana telah berjaya membawa ibu bapanya bersama-sama memeluk Islam.

3 Comments

  1. Hazel

    Alhamdulillah.. sebak tgk video ni…

  2. seo

    Gembira… semoga istiqomah

  3. Alhamdulillah. Moga semakin baik dari hari ke hari ya.

Leave a Reply to Cancel reply

Theme by Anders Norén