Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Anak perempuan koma di Mesir, bapa rayu bantuan rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu bas, Azyanshah Ariffin, 53, memerlukan RM20,000 bagi menampung kos membawa pulang anak perempuannya, Rosimatan Ni’mah, 17, yang kini berada dalam keadaan koma di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di Mesir, sejak beberapa hari lalu.

Azyanshah, berkata beliau buntu untuk mendapatkan wang berkenaan bagi membayar bil hospital dan membeli tiket penerbangan untuk membawa pulang anak dan isterinya kerana pendapatnya sebagai pemandu bas tidak seberapa.

Katanya, isterinya, Rosmawati Khalidin, 43, sudah berada di Mesir untuk menemani dan memantau keadaan anaknya di sebuah hospital di Iskandariah.

“Oleh itu saya merayu kepada orang ramai supaya dapat menghulurkan sumbangan dan derma seikhlas hati supaya saya dapat membawa pulang anak saya untuk menerima rawatan di hospital di Malaysia secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azyanshah berkata, beliau masih bingung dengan penyakit misteri yang dialami anak perempuannya kerana ketika mula dimasukkan ke hospital dua minggu lalu, doktor yang merawatnya mengesahkan anaknya sihat dan dibenarkan pulang ke asrama.

Bagaimanapun, katanya, enam hari lalu anaknya sekali lagi dimasukkan ke hospital sebelum koma seperti sekarang.

“Saya sudah berhubung dengan wakil Kedutaan Malaysia di Mesir untuk urusan membawa pulang anak perempuan dan isteri apabila mendapat pembiayaan mencukupi,” katanya.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Azyanshah di talian 010-7993486.

Sementara itu, Wisma Putra mengesahkan sudah menerima laporan mengenai kes berkenaan dan akan memantau perkembangannya.

Difahamkan Atase Pendidikan Malaysia dan wakil Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga sudah melawat pelajar terbabit di hospital berkenaan pada 1 Oktober lalu.

3 Comments

  1. Jamil

    Mntk tolong bagi no. akaun?

  2. Kay Mariah

    Kalau ada no akaun lebih senang untuk menderma…

  3. Mi

    Sila semak dengan bapa pelajar ini. Banyak sangat scammers yang sedang tular guna account palsu. Penipuan tengah habgat tular…
    Waspada sebelum memberi sebarang derma wang.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén