Portal berita terbaik anda

Viral

Isteri suka tengok ‘Running Man’ ketika hamil, sekali keluar anak macam muka Korea

Pasti anda pernah dengar orang dulu-dulu kata kalau wanita yang tengah hamil dan suka dengan wajah seorang nanti boleh terkenan kepada anak

Bukan itu saja, wanita yang hamil juga memerlukan persekitaran yang positif dan baik untuk mengelakkan gangguan emosi berlaku.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila pasangan suami isteri ini tidak menyangka wajah anak mirip orang Korea kerana isterinya yang gemar menonton Running Man ketika hamil.

Malah, si suami juga menganggap bahawa anaknya mungkin ‘terkenan’ kerana si ibu yang suka melihat wajah orang Korea.

Rupa anaknya itu yang kelihatan putih, gebu dan mata agak sedikit sepet itu membuatkan ramai yang geram melihatnya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa geram melihat bayi tersebut yang dikatakan sangat comel.

Malah, ada juga yang menyamakan muka bayi itu mirip beberapa aktress Korea. Ada juga yang mempersoalkan raut wajah si anak dan ayahnya.

Loading...

Leave a Reply