Portal berita terbaik anda

Viral

Anak kucing berak ketika majlis pertunangan buat netizen terhibur

Seperti yang diketahui, kucing yang dijadikan haiwan peliharaan sememangnya mempunyai sifat yang manja dan suka dibelai.

Aksinya yang mencuit hati dengan wajah yang comel sering membuatkan ramai pencinta kucing cair.

Namun, kadang-kala ada telatah nakal anak bulus yang membuatkan pemilik geram seperti video yang dikongsikan di TikTok oleh seorang individu menggunakan akaun Noor Suzana.

Manakan tidak, anak bulus berkenaan sempat dirakam sedang ‘melepas’ di belakang pelamin ketika tuannya sedang khusyuk membaca doa di atas pelamin.

@suzana99Dan2 je dia berak mase tgh majlis🤣🤣🤣🤣 ##foryoupage ##fypdongggggggg ##fyp♬ Oh No Oh No Oh No No No – Dubskie

Memang buat hal betul lah!

Perkongsian tersebut ternyata menarik perhatian ramai dengan meraih 231 ribu tontonan dan dibanjiri ribuan komen warganet yang terhibur dan geram dengan aksi anak bulus berkenaan.

Loading...

Leave a Reply