Portal berita terbaik anda

Viral

Anak hidap kanser buah pinggang, ibu rayu bantuan kewangan tampung kos rawatan

Tidak dapat dibayangkan hati dan perasaan seorang ibu apabila anak yang dikandung selama 9 bulan disahkan menghidap penyakit kronik sehingga menyebabkan kesihatannya terjejas teruk.

Tambah perit lagi apabila keadaan kewangan keluarga tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan dan kos rawatan yang tinggi di hospital.

Seorang ibu muda, Zairazma, dari Pasir Puteh, Kelantan diduga dengan anak penghidap Tumor Wilms atau lazimnya turut disebut nephroblastoma iaitu ketumbuhan di buah pinggang.

Tumor tersebut menyebabkan gejala seperti lebam di dalam perut selain demam, sakit, mual dan selera makan yang rendah.

Menurut Zairazma, anaknya Mohd Alif Nasrulhuq Rosmadi, didiagnos menghidap kanser tersebut pada 29 Februari lalu yang menyebabkan buah pinggang kiri dan limpanya terpaksa dibuang selepas dijangkiti sel kanser.

“Selepas pembedahan buah pinggang, doktor memaklumkan limpa Alif juga terpaksa dibuang kerana sel kanser sudah merebak dan limpa terpaksa dipotong keluar bersama buah pinggang sebelah kiri. Ketumbuhan bersalut buah pinggang dan limpa.

“Luluh hati kami sekeluarga mendengar perkhabaran seperti itu. Apa yang mampu kami lakukan hanya berserah kepada Allah,” katanya.

Zairazma berkata, anaknya kini sedang menjalani sesi kemoterapi di HUSM Kubang Kerian dan dia terpaksa berulang-alik dari Pasir Puteh ke Kota Bharu setiap kali anaknya menjalani rawatan.

“Saya tidak lagi dapat menampung kos-kos ulang alik kerap ke hospital. Saya merupakan seorang ibu yang tidak bekerja hanya melakukan dropship sahaja. Suami bekerja tetapi pendapatannya hanya sekitar RM1,000 selain perlu menyara dua lagi anak yang bersekolah. Bantuan dari segi PeKa sekadar RM100 dan JKM RM150 sahaja itu pun tidak mencukupi dari segi kewangan.

“Disebabkan ada kitaran kemoterapi yang banyak menyebabkan perlu berulang alik ke hospital yang memerlukan perbelanjaan yang banyak dan bil hospital pun banyak yang tertunggak.

“Dengan ini saya merayu agar warga Facebook atau mana-mana badan yang dapat membantu sedikit sebanyak kos rawatan Alif selama sesi kimoterapi,” katanya.

Sehubungan itu, bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun CIMB bernombor 7620871090 atas nama Zairazma Ghani.

Semoga urusan adik Aliff sekeluarga dipermudahkan dan anak kecil ini diberi kesembuhan supaya dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Loading...

1 Comment

  1. maaf tuan..berita ini masih baru and masih sahih lagi ke untuk saya post di page saya?

Leave a Reply