Seorang ibu memohon doa orang ramai agar anak lelakinya, Muhammad Rayyan Haizan dapat berjalan seperti kanak-kanak lain.
Menurut Fiqa Zaril, anak sulungnya berusia tujuh tahun itu mempunyai masalah Cerebral Palsy (CP) yang membataskan pergerakan fizikal sehingga sukar untuk melakukan aktiviti harian.
Menerusi laman Twitter, wanita berusia 25 tahun itu memuat naik beberapa keping gambar Muhammad Rayyan yang terpaksa menggunakan walker dan kerusi roda untuk berjalan.
Assalamualaikum 👋
Nak minta tolong jasa baik korang sempena hari jumaat RT post ni biar ramai orang nampak & sedekahkan doa utk Muhammad Rayyan Haizan boleh berjalan macam kawan2 yg lain. Thankyou in advance! Moga Allah balas kebaikan untuk korang ❤️ #mildcerebralpalsy pic.twitter.com/U4KakNeIKi
— Fiqaa Zaril (@FiqaZaril) December 6, 2019
“Nak minta tolong jasa baik korang RT post ini biar ramai orang nampak dan sedekahkan doa untuk Muhammad Rayyan Haizan boleh berjalan macam kawan-kawannya yang lain. Thankyou in advance! Moga Allah balas kebaikan untuk korang,” katanya.
Posting berkenaan meraih 12,000 tanda suka dan diulang kicau lebih 14,000 kali oleh netizen yang rata-rata mendoakan kesihatan Rayyan selain memuji kecomelannya.
Leave a Reply