Anak belasah ibu kerana lambat sediakan makanan, enggan beri wang

0
63

KEPALA BATAS: Gara-gara lambat menyediakan makanan dan enggan memberikan wang, seorang anak tergamak membelasah ibunya di rumah mereka di Kampung Pengkalan Bogor, Kepala Batas Pulau Pinang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, suspek berusia 35 tahun turut memukul adik lelakinya yang ketika itu cuba menghalang suspek daripada terus memukul ibu mereka yang berusia 65 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor memaklumkan suspek menggunakan penyapu dan memukul kepala serta badan ibunya sebelum membaling kerusi plastik ke arah adiknya yang berusia 18 taun.

Tambah Noorzainy, hasil pemeriksaan doktor di Hospital Kepala Batas mendapati ibu suspek mengalami benjol di kepala, lebam dan cedera belakang badan manakala adiknya yang berusia 18 tahun calar di tangan kiri.

“Susulan kejadian itu, ibu suspek membuat laporan polis di atas tindakan anak kandung kelimanya,” katanya.

Noorzainy berkata, lelaki itu berjaya ditangkap dan siasatan mendapati suspek sebelum ini kerap mengamuk terutama apabila gagal mendapat wang dipercayai untuk membeli dadah.

Pemeriksaan mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau kerana kesalahan dadah.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here