‘Anak aku, biarlah aku yang tanggung’ – Bapa kecewa anak OKU ditamatkan BR1M

SEORANG bapa meluahkan rasa kecewa terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana memansuhkan Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi kategori bujang bermula tahun ini.

Ini menyebabkan anak gadisnya yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) tidak lagi menerima bantuan tersebut kerana beliau belum berkahwin walaupun umurnya sudah melebihi 21 tahun.

Menurut Razali Sahran, anaknya sebelum ini menerima BR1M sebanyak RM450 daripada kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional.

Ikuti luahan kecewa Razali Sahran yang turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di bawah:

Ya dia bujang..dia OKU.. tiada pekerjaan.
Bukan dia tak kerja tapi akal dan fizikalnya tak membolehkan dia untuk bekerja. Habis tu dia buat apa?
Dengan siapa dia tinggal?

Jawapannya: Biar aku yang tanggung..sebab dia anak aku.

Baru minggu lepas bercadang nak check akaun dia..kot-kot ada duit Bantuan Sara Hidup untuk dia seoerti yang diberi oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Dan hari ini, bila kami balik dari Kedah, buka peti surat.. terdapat surat yang sama macam BRIM.. Perkataan pertama yang terkeluar dari mulut aku.. ” Alhamdulillah..lepas juga hajat nak beli keperluan untuk dia..Hasil duit darinya..Almaklumlah umur pun dah nak masuk 22 tahun..

Aku ambil surat naik ke atas dan aku cakap dengan wife aku ” Waaaa , bu akak dapat duit sara hidup”.. langsung aku ke toilet.

Keluar dari toilet isteri aku cakap ” Tak dapat laa bah.. akak kan bujang”… aku jadi diam sekejap.. takpelah… mungkin sekolah jenis kebangsaan Cina lebih memerlukan..lagipun duit tu duit kerajaan.

Ok anak abah no problem..ko bujang tapi OKU..setiap hari turun tangga naik tangga dari tingkat 3..berpapah…kadang-kadnag tergolek sekali dengan ibu..tak siapa yang tahu..

Dengan tiada elaun OKU dan elaun penjagaan OKU.. Kau tetap anak abah.

Nak harapkan wakil rakyat jumpa ko, entah bila..janji dah bertahun nak jengok kat rumah..haram berjengok.. Pejabat YB depan rumah je pun..hihihi..mungkin sibuk banyak kerja..Atau pun mungkin abah ko ni ahli Umno..kelakor.. Ya abah ahli UMNO..

Sepanjang dia hidup di tingkat 3 ni geng Umno dah jengok.. Pak Lah pernah bagi bantuan.. DS Najib pun dah hulur bantuan tapi sejak kerajaan Pakatan Harapan memerintah..semua bantuan tak dapat.. Terima kasih kerajaan Negeri dan kerajaan pusat.. Terima kasih

Sumber: Razali Sahran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *