Portal berita terbaik anda

Viral

Ambil pekerja OKU dan warga emas, restoran makanan segera ini dapat pujian

KEWUJUDAN restoran makanan segera sedikit banyak membantu rakyat Malaysia yang rata-ratanya sibuk sepanjang hari.

Bukan setakat menjadi tempat mengisi perut kosong, malah pada masa yang sama ia turut memberi peluang pekerjaan kepada para penganggur.

Satu perkongsian menarik di laman Twitter oleh Cikgu Brian yang memaparkan cawangan restoran makanan segera telah mengambil pekerja daripada golongan istimewa!

Menerusi posting tersebut, restoran popular berkenaan telah melatih pekerja daripada kalangan orang yang mempunyai masalah pendengaran dan warga emas.

“It not only makes this a family-oriented environment but it also gives these staff a chance to feel wanted and respected.” tulisnya.

Jelasnya lagi, perkara ini wajar dilakukan kerana boleh menghapuskan perasaan diskriminasi terhadap golongan tersebut sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

Kat negara luar buat jugak!

Jom ramai-ramai sokong!

Cawangan lain pun buat jugak rupanya

Memang terbaik! Korang kalau berhadapan dengan pekerja istimewa ini, rajin-rajinlah kemas makanan yang dah dimakan tu. Kurang sikit bebanan mereka.

Sumber: Cikgu Brian

Loading...

Leave a Reply