Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Amaran hujan peringkat merah di Kelantan dan Terengganu

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca bahaya peringkat merah di beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu yang dijangka berterusan hingga esok.

Di Kelantan, kawasan yang diramalkan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Marang dan Pasir Puteh manakala di Terengganu, ialah Besut dan Setiu.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga iaitu hujan lebat yang dijangka berterusan di daerah Jeli dan Kuala Krai (Kelantan), Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman (Terengganu), serta Kuantan, Pekan dan Rompin (Pahang).

Bagi amaran cuaca waspada peringkat kuning pula daerah yang terlibat ialah Gua Musang (Kelantan), Jerantut (Pahang) serta Mersing dan Kota Tinggi (Johor).

MET Malaysia menasihatkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri atau Daerah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri atau Daerah juga dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) memastikan segala aset pengoperasian mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén