Amaran hujan peringkat kuning di Terengganu 6 hingga 7 Disember

0
1875

KUALA TERENGGANU – Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning bagi semua daerah di Terengganu selama dua hari bermula hari ini.

Menurut kenyataan itu, selain Terengganu amaran cuaca waspada kuning itu turut melibatkan Kelantan dan daerah Jerantut dan Kuantan, Pahang.

“Angin timuran dari Lautan Pasifik Barat dijangka bertiup secara konsisten dan bertumpu di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung.

“Angin dengan kelajuan sehingga 40 kilometer sejam dengan ombak mencapai 2.5 meter juga dijangka berlaku di perairan Terengganu dan Kelantan dalam tempoh tersebut,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu pula memaklumkan paras air Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu kini berada pada tahap bahaya.

Sehingga jam 5 petang tadi, tiga sungai pula berada pada paras berjaga-jaga iaitu Sungai Nerus di Kampung Langkap, Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu dan Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu.

Selain empat sungai itu, paras air di sungai utama lain masih berada pada paras normal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here