Amaran hujan lebat di Terengganu, Pahang dan Johor

1059

KUALA LUMPUR – Kawasan Pantai Timur terutamanya selatan Terengganu, timur Pahang dan timur Johor sedang mengalami hujan sederhana kadangkala lebat yang dijangka berterusan sehingga tengah malam ini.

Susulan keadaan cuaca itu, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran cuaca waspada untuk terhadap negeri terbabit.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD), Alui Bahari berkata, amaran cuaca waspada dikeluarkan berdasarkan kriteria iaitu hujan lebat berterusan dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari.

“Disebabkan angin timuran dari Lautan Pasifik Barat masih bertiup konsisten dan boleh menyebabkan hujan lebat, amaran ini telah dikemas kini pada 2 Disember 2018.

“Dan terdapat penambahan beberapa kawasan di utara Terengganu dan utara Kelantan,” katanya kepada Utusan Online hari ini.

Monsun Timur Laut yang sedang dialami negara pada ketika ini akan berlangsung sehingga Mac 2019 dan sebanyak empat sehingga enam kali hujan lebat dijangka berlaku.

Menurut Alui, pada November dan Disember hujan lebat lebih tertumpu di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.- UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here