Aliff Syukri tertekan rumah RM6 juta belum terjual

Sebelum ini usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri pernah memberitahu mahu menjual rumah miliknya di Pavillion, Kuala Lumpur, namun tidak berjaya walaupun sudah setahun diiklankan.

Menerusi satu perkongsian terbaru, Aliff tertekan apabila rumahnya itu masih belum terjual. Ujarnya, rumah tersebut dijual pada harga RM6 juta lebih rendah daripada harga pasaran.

“Menunggu pembeli rumah ini yang tidak kunjung tiba. Last-last saya je duduk sini. Saya dah jual murah RM6 juta jer sebab harga market value adalah RM6.5 juta,” tulisnya.

Kata Aliff lagi, mungkin faktor utama rumah tersebut sukar untuk terjual berpunca daripada pandemik melanda negara, apatah lagi semua pusat beli belah masih lagi ditutup.

“Tak tahu apa masalah masih tak ada pembeli sekarang ni musim Covid-19 nak shopping semua tutup kedai. Kalau siapa nak beli boleh hubungi manager saya,” katanya.

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju pandemik menjadi punca jualan rumah tidak mendapat sambutan. Tidak kurang juga ada yang beranggapan ayat digunakan Aliff seolah nilai RM6 juta itu adalah jumlah yang kecil.

Loading...

Leave a Reply