Portal berita terbaik anda

Hiburan

Aliff Syukri terkejut permohonan BPN tidak lulus

Ramai orang di luar sana menerima dengan hati terbuka mereka tidak layak untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan tetap menyokong usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Malah, Ada yang sanggup mengeluarkan duit mereka sendiri sehingga puluhan ribu ringgit untuk membantu golongan susah.

Namun, lain pula buat jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang meluahkan rasa terkejut dan sedih apabila mengetahui permohonannya mendapatkan BPN tidak diluluskan.

Menurutnya, dalam keadaan yang cukup getir ketika ini, dia sebagai usahawan turut terkesan. Jualan perniagaannya merundum teruk sehingga 90 peratus sepanjang tempoh PKP.

Dia berharap kerajaan dapat memberikan bantuan kepada peniaga sepertinya yang turut terjejas berikutan penularan wabak COVID-19.

Berikutan itu, perkongsian Aliff itu telah mengundang kecaman netizen. Rata-rata netizen manganggap beliau bersyukur dan masih lagi mengharapkan bantuan meskipun sudah kaya raya.

Loading...

Leave a Reply