Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Hiburan

Aliff Syukri sedih radio tak nak siar lagu nyanyiannya

PERNAH mengeluarkan beberapa lagu sebelum ini namun tidak dimainkan oleh stesen radio mahupun televisyen membuatkan Datuk Aliff Syukri berasa sedih. Menurut Aliff bakatnya seakan tidak dihargai di negara sendiri.

“Menyanyi ini hobi dan saya akan terus menyanyi kerana saya masih relevan. Walaupun orang mengecam tapi mereka masih tengok. Contohnya lagu Jom Raya hingga mendapat jumlah tontonan yang tinggi di Youtube dan menjana pendapatan RM25,000”

“Tapi saya sedih sebab televisyen dan radio tak nak mainkan lagu saya. Saya pun macam penyanyi lain tapi orang tak nak sokong sedangkan ketika diluar negara orang sokong dan taja makan, hotel saya”

Tidak mahu terus berputus asa, Aliff turut meluahkan hasratnya untuk menyanyikan lagu berunsur dangdut pula selepas ini. Bagaimanapun ianya masih dalam perancangan kerana masih belum menemui penyanyi Indonesia.

“Lepas ni saya nak buat lagu lagi, secara jujurnya saya nak nyanyi lagu berunsur dangdut pula. Tapi belum jumpa lagi siapa yang sesuai untuk berduet sebab saya tak kenal penyanyi Indonesia, katanya.

Selain itu Aliff memberitahu dirinya tidak kisah andai terus dikecam kerana mempunyai suara sumbang kerana baginya jika sesuatu lagu itu viral, akkhirnya akan memberi pulangan duit yang banyak juga.

Patut diberi pujian semangat juang Aliff dalam bidang nyanyian, memang tidak pernah serik. Terdahulu Aliff merakamkan lagu raya bersama penyanyi rap, Zizi Kirana dan Bella Astillah.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén