Gaji RM250k saya sebulan, tapi masih tak cukup’ – Aliff Syukri

0
284

Jika sebelum ini jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan pada usia 23 tahun beliau mempunyai wang simpanan sebanyak RM5 juta, kali ini pengikutnya ingin mengetahui berapa gaji sebulan yang diterima oleh pengasas D’herbs ini.

Menjawab beberapa soalan daripada pengikutnya menerusi fungsi pertanyaan yang diperkenalkan di Instagram Story, Aliff Syukri memberitahu gaji bulanannya adalah sebanyak RM250 ribu.

Namun bagi beliau gaji bulanannya itu masih tidak mencukupi dan mahu menambah pendapatannya lagi dengan menawarkan perkhidmatan ‘Instagram Review’.

Rata-rata pengikutnya kagum dengan kesungguhan beliau yang tidak tahu erti penat untuk mencari rezeki buat keluarganya yang semakin bertambah besar. Ada juga yang mengatakan gaji bulanan beliau mengalahkan Perdana Menteri.

Selain itu, Aliff Syukri turut menjawab pertanyaan pengikutnya mengenai kereta Ferrari yang dimilikinya. Menurut Aliff, tiada keseronokan memiliki kereta mewah itu kerana harga cukai jalan yang mahal, bunyi bising dan tempat duduknya juga tidak selesa.

Apa pun memang ramai yang mengagumi Aliff Syukri kerana tidak ramai anak muda yang boleh berjaya sepertinya. Semoga perkongsian dari usahawan muda ini boleh dijadikan inspirasi buat mereka di luar sana.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here