Ajar budak-budak bunuh orang murtad, tidak masuk akal! – Alicia Amin

0
499

Pelakon dan model Alicia Amin, pernah membangkitkan isu mengenai LGBT dan juga hukuman sebat yang dijalankan terhadap pasangan lesbian di Terengganu sebelum ini.

Terbaru, dia sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mempertikaikan kandugan buku teks Pengajian Islam SPM tentang rasional hukuman bunuh terhadap orang murtad.

Baca: Siti Kasim sifatkan silibus Pendidikan Islam sebagai ‘sampah’

Alicia menerusi Insta Stories di akaun Instagramnya, menganggap ianya tidak masuk akal untuk mengajar pelajar sekolah tentang hukuman bunuh itu.

Tambah Alicia, tidak mustahil satu hari nanti akan ada kes remaja melakukan tembakan rambang di sekolah semata-mata kerana menyifatkan orang Islam liberal sudah murtad.

Sebelum hendak mempertikaikan sesuatu perkara, mungkin seseorang itu perlu membuat kajian terperinci. Pasti dalam setiap ajaran Islam akan ada sebabnya tersendiri. Kita yang tidak arif ini janganlah sewenang-wenangnya menuduh apa yang diajar itu membawa kepada keburukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here