Kakitangan TNB hina Agong cetus kemarahan netizen

KUALA LUMPUR – Tidak perit dengan kes seorang pekerja Cisco System, Eric Liew menghina Yang di-Pertuan Agong, hari ini seorang lagi kakitangan awam meninggalkan komen berbaur penghinaan terhadap institusi raja.

Pemilik akaun laman sosial bernama Alia Astaman, pegawai dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa rasa bersalah menimbulkan kemarahan orang ramai atas tulisannya menghina Yang di-Pertuan Agong

Eksekutif Strategi dan Transformasi TNB itu dikatakan bersama seorang lelaki dipercayai suaminya menulis komen yang menghina peletakan jawatan Agong.

Sementara itu, TNB ketika mengesahkan perkara itu, terpaksa mengemukakan permohonan maaf di atas perbuatan kakitangannya.

“TNB telah pun menerima aduan mengenai kenyataan yang dibuat melalui akaun media sosial salah seorang pekerja kami.

“TNB adalah syarikat yang mengutamakan nilai nilai murni dan integriti tinggi. Kami tidak menggalakkan kelakuan sebegini dan siasatan lanjut sedang dijalankan.”

“Kami memohon maaf di atas kejadian yang berlaku,” tulis kenyataan itu menerusi akaun Facebook TNB Careline, hari ini.

Semalam, negara ini kecoh dengan perbuatan kakitangan Cisco System menghina Yang di-Pertuan Agong sehingga beberapa laporan polis dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pergerakan Pemuda UMNO.

Eric kemudian memohon maaf atas tulisan berbentuk penghinaan itu. – MalaysiaGazette

Komen netizen di media sosial mengecam tindakan suami isteri itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *