Portal berita terbaik anda

Viral

‘Alhamdulillah, sekarang Raj dah Islam…’ – Ebit Lew bantu lelaki bertatu ucap kalimah syahadah

“YA ALLAH sebak rasa. Begitulah hidayah.

Keluarganya semua menerima dengan baik beliau memeluk Islam,” demikian luahan penceramah popular, Ebit Lew yang memanjatkan kesyukuran apabila dakwahnya diterima ramai.

Bagi beliau, tidak ada yang lebih bermakna daripada setiap dakwah yang dijalankannya itu menyentuh perasaan sehingga membuka hati sesetengah individu terutamanya yang bukan Islam untuk memeluk agama Islam serta meminta bimbingan daripadanya.

Terbaharu, menerusi muat naik Ustaz Ebit di laman Facebook, beliau berkongsi sebuah perkongsian tentang lelaki bernama Raj yang kini terbuka hati untuk memeluk agama Islam.

 

View this post on Instagram

 

Sebak baru sekejap tadi jumpa Raj. Dah berminggu mesej dengan beliau. Hari ini beliau ucap syahadah. Beliau memeluk Islam. Ya Allah sebak rasa. Begitulah hidayah. Keluarganya semua menerima dengan baik beliau memeluk Islam. Walau bawa senjata kemana-mana sebagai bodyguard. Badan bertatu penuh. Setiap negara pergi satu tatu. Tapi lembut dan baik akhlaknya. Dia nak hadir #SeminarPerbaikiDiri #Keluargasunnah #9feb2020. Semangat dia nak belajar Islam. Tahniah Raj. Ya Allah semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah buat lebih ramai orang memeluk Islam-ebitlew #fullVideoMasukIslam #youtubeEbitlew . Pendaftaran Seminar KeluargaSunnah 9 Feb 2020 MAEPS Serdang www.transformjiwa.com Atau link di bio/profile

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Jelas Ebit, walaupun badan Raj dipenuhi tatu namun itu bukanlah penghalang untuk beliau terbuka mencari dan menerima hidayah Allah S.W.T.

“Sebak baru sekejap tadi jumpa Raj. Dah berminggu mesej dengan beliau. Hari ini beliau ucap syahadah. Beliau memeluk Islam. Ya Allah sebak rasa. Begitulah hidayah. Keluarganya semua menerima dengan baik beliau memeluk Islam.

“Walau bawa senjata ke mana-mana sebagai bodyguard. Badan bertatu penuh. Setiap negara pergi satu tatu. Tapi lembut dan baik akhlaknya,” luahnya.

Seperti biasa, perkongsiannya itu mendapat tempat di hati para pengikutnya di media sosial berkenaan.

Ramai mula memenuhi ruangan komen dan meluahkan rasa syukur di atas khabar gembira berkenaan.

Sehingga kini, posting Ebit Lew meraih 34,000 tanda suka dan 3,100 perkongsian serta 1,900 komen.

Loading...

Leave a Reply