Pernah hidup susah, Alha Alfa ‘throwback’ gambar sebelum terkenal

0
174

Siapa tidak kenal dengan pengasas kosmetik dan juga jurusolek artis terkenal tanah air, Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih mesra dengan panggilan Alha Alfa.

Namanya juga semakin dikenali selepas menjadi penaja utama kepada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-31 pada 7 Oktober yang lalu.

Baru-baru ini, jejaka berusia 30 tahun itu telah memuat naik sekeping foto throwback yang membandingkan dirinya kini dengan 7 tahun lepas.

Bersama-sama gambar tersebut, Alha turut disertakan kapsyen yang penuh dengan motivasi dan inspirasi buat semua orang.

 

View this post on Instagram

 

ahahahha hadui naik gamba lama kat memory,,,dah 7 tahun lepas,time tu xde banyak benda nak pikir..enjoy,happy explore macam2 benda nak buat..nak carik duit..time ni ada satu kejadian yg alha xleh lupa,beberapa hari selepas gamba sebelah kiri di ambil..bila kite susah,and benda tu buat alha betul2 kuatkan diri n semat kat dada dalam2,.kene berubah..alha pergi rumah kenalan ni,balik je dr umah,..dapat call kata wallet koleksinya hilang bernilai 10k sejurus alha balik dr umah beliau😓😭setidak2nya dia tuduh alha amik,.sedangkan kalau amik pun xtau nak bergaya macamna dgn wallet tu 😂😂 puas sy cakap xamik..tapi still di tuduh n bermasam muka..katanya family dia xde yg panjang tangan..so xpe..doa n mintak petunjuk..berbulan lepastu die call balik kata dah tau siapa yg amik..familynya juga 😞😞n mntak maaf..sy maafkan..xpe sy xdendam pun..cuma terthrowback hahha..nasib kene tuduh..kalau tak smpi bila hidup selesa macamtu 😜😜 alha nak nasihat kepada yg rajin DM2 alha mintak duit sbb nak study, mintak duit sbb nak carik keje..mintak pinjam duit sbb nak beli itu dan ini,..dr awak guna teknologi cyber macamni utk DM utk meminta2,baiklah buat meniaga online,sikit2 pun duit..start untung seringgit dua pun ok..usaha keras lagi ok?insha allah..jgn semudahnya meminta2 tanpa usaha..allah marah tau~kite tataw susahnya org yg kita mintak tu kerja siang malam,memerah keringat..bila xleh tolong cakap sombong,bongkak..siap doakan telungkup nauzubillah~ hidup zaman now amat menakutkan 😞😓😭

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on

7 tahun lepas, masa tu tak perlu fikir banyak benda…

Haha naik gambar lama kat memory. Dah 7 tahun lepas, masa tu takde banyak benda nak fikir, enjoy, happy explore macam-macam benda nak buat. Nak carik duit.

Masa ni time ni ada satu kejadian yang Alha tak boleh lupa, beberapa hari selepas gambar sebelah kiri diambil. Bila kite susah, dan benda tu buat Alha betul-betul kuatkan diri dan sematkan dalam dada yang Alha kene berubah.

Pernah dituduh mencuri…

Alha pergi rumah kenalan ni, balik je dari rumah dapat call kata wallet koleksinya hilang bernilai 10k sejurus Alha balik dari rumahnya.

Dia tuduh Alha ambil sedangkan kalau ambil pun tak tahu nak bergaya macam mana dengan wallet tu. Puas saya cakap tak ambil tapi masih dituduh dan bermasam muka. Katanya ahli keluarga dia takde yang panjang tangan.

Doa & minta petunjuk…

Takpe, saya doa dan minta petunjuk. Berbulan selepas tu, dia call balik kata dah tahu siapa yang ambil, ahli keluarganya juga. Dia minta maaf dan saya maafkan.

Takpe saya tak dendam pun. Nasib kena tuduh je, kalau tak sampai bila-bila tak hidup selesa macam tu.

Kepada anak muda di luar sana, dengar pesan saya…

Alha nak nasihat kepada yang rajin direct message (DM) Alha minta duit sebab nak belajar, nak cari, nak beli itu, nak beli ini.

Daripada awak guna teknologi siber macam ni untuk DM meminta-minta, baiklah berniaga online, sikit-sikit pun duit. Start untung seringgit dua pun dah okay. Usaha keras lagi okay? Inshaallah.

Jangan mudah meminta-minta…

Jangan semudahnya meminta- mintatanpa usaha, Allah marah tau. Kite takkan tahu susahnya orang yang kita minta tu kerja siang malam, memerah keringat.

Bila tak boleh tolong cakap sombong, bongkak siap doakan telungkup nauzubillah. Ingat, hidup zaman sekarang amatlah menakutkan.

Sumber : IG Alha Alfa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here