Portal berita terbaik anda

Viral

‘Aku mampu rawat pesakit, tapi aku gagal selamatkan mak…’

Kerja sebagai seorang doktor bukan sahaja memerlukan kecerdasan otak tetapi juga ketahanan mental dan fizikal.

Seseorang doktor perlu pandai membahagikan masa antara kerjaya dengan keluarga supaya dapat memberikan sepenuh perhatian kepada pesakit.

Satu kisah yang tular di media sosial baru-baru ini memaparkan seorang doktor meluahkan isi hatinya selepas kehilangan ibu tercinta kerana terpaksa ‘oncall’ di hospital.

Kisah doktor yang dikenali sebagai @iamwxnsrm telah menarik perhatian netizen yang bersimpati dengan nasib yang menimpa doktor tersebut.

Ikuti kisahnya di bawah:

Jangan jadi macam aku…

Hari tu aku oncall di hospital…

Mak call, tapi aku tak angkat…

Mak beritahu kat hospital, tapi aku mesej kawan untuk tengokkan mak…

Belum sempat nak balik, dan dapat panggilan mak dah tiada

Mak, saya rindu mak…

Di laman Twitter, doktor ini ada memuat naik beberapa Tweet sebelum ini yang menyatakan kerinduan kepada allhyarham ibunya.

Sementara itu, netizen menyifatkan kerja boleh dicari, tetapi ibu seorang sukar dicari ganti. Hargailah ibu selagi ibu masih ada, dan diharap ramai yang dapat mengambil pengajaran kepada kisah ini.

Ini kerana, kerinduan yang paling perit adalah kerinduan terhadap orang yang telah tiada.

Puan Hasmah, anak mak rindu mak…

Sumber : Twitter @iamwxnsrm

Loading...

Leave a Reply