‘Aku dan suami ada diploma, tapi kami tak pernah malu berniaga tepi jalan’

0
831

Rezeki Allah tu luas. Bak kata suami aku, sabar sayang. Ini baru permulaan, kita boleh pergi jauh. Aku ada Diploma Kejuruteraan dan suami aku ada Diploma Perniagaan.

Masing-masing boleh mencari kerja kalau mahu. Aku pernah kerja di pejabat pada tahun 2014, bahaagian Sumber Manusia, gaji permulaan RM1,600 di Perlis tanpa sebarang pengalaman kerja. Aku pernah kerja jadi juruteknik kilang besar di Pulau Pinang, kalau aku sebut nama kilang ini, mesti orang akan kata gaji besar sebab kerja di kilang itu.

Kadang-kadang OT boleh pergi RM3,000 sebulan gaji waktu itu. Ini cerita tahun 2014 dulu. Aku pernah buka butik, tetapi kongsi dengan kawan aku. Sekaran gini sudah buka dua buah cawangan lain. Sekarang ini, siap ayan gmakan gaji, ada diploma mahu dapat gaji RM3,000 pun susah weh. Struggle gila-gila buat dua tiga kerja. Tetapi ini semua ikut rezeki masing-masing. Kalau dai dapat rezeki dengan syarikat yang elok, maka eloklah gaji dia.

Sebab itu selepas berkahwin, aku sudah malas sangat mahu bekerja. Mahu ulang-alik minyak kereta. Bayar sewa rumah. Lunch kat luar lagi. Berapa sangat yang tinggal sebulan? Itu belum cerita beli susu dan lampin anak lagi.

Banyak bidang aku sudah tempuh, sekarang aku cabar diri jual makanan tepi jalan pula. Biasalah bila orang kata 5 tahun fasa perkahwinan gila struggle mahu survive.

Seriously, memang aku ni ditakdirkan muka tidak tahu malu. Suami aku suruh ambik gambar buat peace atau buat gaya Ultraman pun, aku buat saja. Ada aku kisah orang lalu lalang duduk tengok.

Bagi aku cari rezeki tepi jalan ini, memang agak mencabar. Kadang-kadang hujan tiada orang. Ribut dataang serang habis lauk lauk atas meja. Duit hasil jualan terbang sekali dengan angin ribut pun pernah. Banyak gila suka duka jual tepi jalan ini. Tapi kalau nasi habis, lauk habis itulah benda paling menggembirakan hari itu. Sedih dan rasa macam mahu menangis.

Apa-apa pun aku redha. Rezeki aku Allah bagi ikut sini. Doakan aku sampai berjaya ye kawan-kawan semua.

Niat aku satu saja. Aku berniaga ini kerana Allah SWT. Aku mahu selesaikan segala hutang-hutang dan aku mahu bantu keluarga aku. Kami bukannya orang senang. Kalau kita tidak tolong diri kita sendiri, tiada siapa yang mahu menolong. Apa yang penting hidup kena ukur baju pada badan sendiri.

Apa pun cabang perniagaan kau buat, jangan pernah berasa malu. Pekakkan saja telinga. Suara-suara sumbang di belakang itu biasalah. Tidak perlu fikirkan pun. Akhirnya nanti, mereka juga yang malu dan minta tolong dari kita. Itu normanl beb. Jadi saja diri sendiri. Kena konfiden lebih. Buang jauh-jauh sifat malu itu.

Dan lagi satu, jangan pernah malu nak berniaga dengan suami sendiri. Siapa lagi mahu tolong suami sendiri kalau bukan kita isteri dia ini. Amin kan Kak Dila hampa yang tengah sarat ni berjaya okay.

Sumber : Adeela Azhar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here