Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Aktiviti agama berlebihan di sekolah jejas prestasi murid, keluh ibu bapa

KUALA LUMPUR – Ibu bapa dan ahli keluarga murid yang belajar di sekolah berasrama kerajaan bereputasi mempersoalkan apa yang dilihat seperti terlalu mementingkan amalan-amalan agama yang mengganggu pelajaran.

Ramai mendapati amalan ritual dan aktiviti keagamaan mencapai suatu tahap yang memberi kesan kepada prestasi akademik.

Kegiatan-kegiatan itu memakan terlalu banyak masa dan tenaga pelajar sehingga mereka jadi letih dan lesu di kelas atau masa mengulangkaji pelajaran.

“Seingat kami tidak pernah anak ke sekolah tahfiz atau sekolah pondok,” kata Amir, bapa seorang pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun lepas di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Johor.

Ibu bapa murid-murid ini memberitahu FMT keadaannya lebih-lebih lagi bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Tingkatan 3 dan 5.

Mereka berkata pelajar diminta menghadiri sesi wajib solat berjemaah, serta ritual tidak wajib seperti solat tahajud, solat hajat, dan tazkirah, di mana mereka perlu bangun seawal 3 pagi.

Aduan kepada pengetua sia-sia: ibu bapa diberitahu ritual-ritual itu untuk mendapatkan “keberkatan” dan memastikan pelajar dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, sekaligus menaikkan kedudukan dan nama sekolah, kata Amir kepada FMT.

“Masalahnya kedudukan sekolah tak akan naik sebab kamu nak bertanding siapa lebih Islamik, bukan siapa lebih cerdik,” tambahnya.

Aduan sama tentang bau keagamaan dan pelambangannya di sekolah-sekolah kerajaan bukan berasrama juga semakin meningkat, di sebalik perdebatan terbuka yang berterusan mengenai polarisasi dalam sistem pendidikan.

Ramai penganalisis dan pakar bimbang sekolah-sekolah kebangsaan tidak lagi berbilang kaum; pada masa sama terdapat seruan menyeru kerajaan berusaha ke arah sekolah satu aliran bagi memupuk perpaduan.

Amir, 43, juga merupakan produk MRSM. Dia gembira apabila anaknya terima tawaran memasuki sekolah lamanya, kerana yakin akan tumpuannya pada pendidikan berkualiti tinggi.

Obsesi kuasa ghaib

Seorang ibu pula bercakap mengenai pengalaman luar biasa anak perempuannya dengan obsesi terhadap kuasa ghaib di sekolahnya.

Wanita itu memberitahu FMT anak perempuannya itu diminta hadir ke sesi mengusir makhluk halus kerana dia tidak dapat menyertai kelas bacaan Al-Quran kerana menghadiri kelas tambahan Biologi.

“Anak saya dituduh malas mengaji dan didakwa ada gangguan jin sehingga diruqyah ustaz tersebut. Ini sangat melampau,” katanya yang tidak mahu dinamakan.

Dia berkata guru berkenaan tetap mahu anak perempuannya menyertai kelas bacaan Al-Quran, walaupun selepas guru biologi minta pelajar itu diberi pengecualian.

“Akhirnya, anak saya gugurkan subjek tersebut ketika menduduki SPM tahun lepas,” katanya.

Amir juga sedar tentang kelas bacaan Al-Quran itu, atau Talaqqi, mengatakan ia dikenakan bayaran yuran sekolah tambahan sebanyak RM200.

FMT difahamkan oleh ibu bapa bahawa kelas Talaqqi selepas waktu sekolah sudah jadi wajib dihadiri bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 4.

“Kalau tak pergi, kena denda. Kalau ambil ujian, tak lulus, kena denda juga, kemudian kena ambil ujian sekali lagi,” katanya, dan menambah pelajar yang tidak hadir ke kelas itu atau gagal ujian akan diminta menghafal ayat Al-Quran.

Haiqal terkejut apabila anak saudaranya beritahu tentang “peraturan tidak masuk akal” di sekolahnya, seperti perlu memakai seluar panjang bawah kain baju kurung sekolah; pakai kemeja T labuh ketika bersukan dan sarung tangan.

Haiqal diberitahu ini bagi mengelakkan pelajar lelaki melihat susuk tubuh pelajar perempuan.

“Kami tiada peraturan seperti ini dahulu, tetapi masih berjaya menjaga diri sendiri dan berpakaian dengan baik ke sekolah,” katanya, yang anak saudaranya belajar di sebuah sekolah MRSM di Perak.

Amir berkata pelajar diajar mempersoalkan banyak amalan tradisi orang Melayu Islam, mengatakan ia bid’ah.

“Mereka mula mempersoalkan amalan agama di rumah mengatakan amalan ibadat mereka tiada asas dan bersifat bid’ah,” katanya. “Inikah yang para pentadbir sekolah katakan ‘keberkatan’?”

Loading...

61 Comments

  1. Mat bonda

    Assalammualaikum. Sebenarnya. Agama itu dimana sahaja digunakan. Masuk tandas kena bca doa.. bagi saya bagus kerana dlm mencari sesuatu bermakna dlm kehidupan perlu bertunjangkan agama. Kena hdk dipersoalan tentg sbhg mlm..atau lain2. Kalu tak suka cari sekolah lain yg lbh sekular..yg disebut mrsm. Sekolah bagus tu.. seblm tulis tolg teliti…jgn main sedap tangan saja nak tulis..

    • Mohd Fadzil

      Sokong

      • Karim

        Hmmm jangan lah melampaui batas … Terdetik memberi komen apabila perkataan bidaah timbul. Adakah pentadbir dan guru agama sekolah ini berfahaman Wahabi? Diharap jangan dipaksa anak² ini untuk mengikuti fahaman Wahabi anda. Sekian. Wallahu alam

        • Mar

          Bagi sy bagus sekolah zaman skrg Ada kelas alquran kelas tasmik. Sebb Kita bukan shj nak anak berjaya di dunia. Bahkan di akhirat juga.

          Tengok zaman skrg belajar pandai² tapi akhlak Dan akidah jauh terpesong..

          Sy pon ajar ank sy pki legging dlm baju kurung. Elakkan aurat terdedah.. mgkin betul pada zaman dulu pki bj kurung terdedah situ sini.. tp zaman skrg ank² search hujung jari pornography. Hah klu Kita x jaga anak Kita jadi mangsa org ..

    • Cthomeware

      Betul setuju sangat 👍.
      Kita sepatutnya bersyukur sebab anak dididik bukan sahaja utk kehidupan dunia. Mungkin sekarang tak nampak kesannya. Tapi inilah yg akan menjadikan mereka insan berguna apabila keluar daripada kepompong sekolah nnt. InshaAllah.

      • Mohamad Norkhairie Asyraf Bin Nor Hashim

        Dunia tanpa akhirat ibarat kerja tanpa gaji tapi dunia berserta akhirat umpama kerja bergaji boleh bonus seumur hidup. 🐯

    • Aluwi Salleh

      Saya setuju komen anda… Hidup atas dunia ni kejar dunia saja tk kemana… Sb mati tk cukup bekalan… Teori mana yg Cakap belajar ilmu Agama akan menjatuhkn prestasi pelajaran pelajar???? Datang ke Terengganu.. Tinjau pelajar Sekolah imitiaz… Baru ibubapa pelajar Itu tahu lebih mendalam…Kelebihan penekanan Dlm ilmu Agama Itu lah yg terbaik

      • Nizam Hussein

        FMT is nonsense.
        The liberal.

        • Noruman

          Saya beranggapan FMT tidak ikhlas dalam berita yang dipaparkan.. serkap jarang dan tiada fakta yang diutarakan walaupon dengan nama dan sekolah yang dinamakan itu hanya rekaan penulis semata.. boleh di dakwa kerana FAKE NEWS

      • HambaAllah

        Nanti mak bapak tu mati.. Malaikat dah cabut nyawa.. Dah jadi jenazah baru tahu kepentingan anak belajar agama.. Ntah² baca quran pun tak pandai.. Apatah lagi baca yaasin, uruskan jenazah, mandikan mayat mak bapak.. Jawab lah dlm kubur.. Moga kita smua dijauhkan.. Nauzubillah Min Za Lik

      • Insan yg kerdil

        Betul sgat tu…kebanyakkan anak2 yg belajar di sek Agama kerajaan or swasta yg ramai menyambung pelajaran hingga ke oversea contohnya kolej Mara Seremban sepatutnya parents berterima kasih kepd para pendidik membawa anak anda ilmu dunia n akhirat

    • Wan Rasman

      X suka cari sekolah lain..

    • Adnan

      Ini pendapat minoriti je ni tak perlu layan. Kita yg majoriti ni teruskan je

  2. saiful

    siapa yg mnjaga hbngn dgn Allah maka Allah akan mudahkn urusan hamba² nya ….cmya juak dgn anak²kita dkt sekolah nun cdak baca yasin solat berjemaah dan amalan² lain akan mndtgkn manfaat kpda anak² kita juak ……mn exam anak kita x bgs mngkn Allah berik akhlak yg baik pada anak² kita😉😊

    • Jani Ali

      Bodoh punya mak bapak tu.. ni conform hubungan dia dgn Allah tu buruk.. anak nak lebih kepada agama pun nak bising..

      • Hasrina Hashim

        Maaf ckplah kan…anak saya masuk asrama jugak biarpun bkn mrsm, dan ianya normal lah pihak sekolah buat solat berjemaah, bacaan yasin beramai-ramai dsb…but result still gempak jugak sbb jika kita menjaga hubungan kita dgn Allah, segala yg dtg semuanya yg baik2 belaka…

        • Matyo

          Jenis ibubapa jahil tentang ilmu agama je y protes..

        • Yang prihatin

          Redhalah anak kita dididik dan di ajar oleh orang yang mengerti tentang agama jika kita tak dapat mendidiknya ketika di rumah.

      • NGO_persis

        Dia belum rasa keluhan mak bapa menjerit sorang2 kerna anak mengandung luar nikah, dia belum rasa tiba2 dapat panggilan dari polis anak rupanya dah dalan penjara kerna dadah..mungkin dia fikir kepandaian adalah segalanya..ilmu tanpa adab adalah kosong..ramai luar belajar tinggi melangit..tapi mental disorder cari barang2 larangan semata untuk tidur..

        • Suhaimi

          Bangang parents tu… sepatutnya bersyukur lah. Kalau kat rumah ko boleh ajar anak ko solat tahajud, hajat dan lain2 ke?
          FMT pula mmg suka lah hal2 berkaitan islam liberal ni.

    • Che azniah Ramli

      Dunia akhir zaman…hal dunia lebih penting dr agama

    • Aluwi Salleh

      Terbaik komen saudara…

      • mohd. hanizali

        kesiannya ibubapa yg sebegini..tak yakin benar dgn agama sendiri..sayang anak kat dunia aje tp bekalan akhirat anakx diabaikan..bila anak lps persekolahan, tiada pengetahuan agama, jadi biadap dan pergaulan semakin tak terbatas, maka ibubapa jenis inilah yg paling ramai mengeluh dan menyesali akn sikap anak anak mereka..masa tu dh terlewat bg ibubapa utk menoleh semula.

      • Razali

        Kalau make bapak kepala sekular Dan liberal. Hantar anak ke sekolah secular .contoh Methodist school.

  3. Din

    Sesuatu perkara yg hendak dilakukan perlu kpd maqasid atau maksud atau tujuan ianya dilakukan. Adakah utk kemaslahatan pelajar atau keuntungan pihak tertentu?.

    • Syahirah

      Terbukti portal Chempedak chees bedebah ni dan FMT adalah agenda Yahudi 🤣🤣🤣🤣🤣🤣
      Sila putun kepala admin… Takbir!!!

  4. Mohd Asri

    Elok la dikelurkan anak2 mereka yg ibubapa tak suka ank mereka diajar dgn pendidikan ugama disekolah berasrama penuh bantuan kerjaan.
    Mereka blh memilih utk menghantar anak2 mereka kesekolah yg lebiqh sekular dan liberal…
    Ramai lagi pelajar yg ingin memasuki sekolah tersebut…
    #bodohpiang
    #duniautkpersingahanq

  5. Abg Hiz

    Mak pak yang merungut ni jenis yg nak anak2 tinggalkan diorg di rumah org tua2 nanti. So biakan je.

  6. Mantan Pelajar

    Saya meragui kajian FMT ini.. tak percaya langsung..

    • Kak Pia

      Ya betul. Malah tujuan tulisan ini pun memang diragukan. TAK PERLU LAYAN.

  7. Pak Ustaz Buntat

    Bila liberal mula tunjukkan taringnya.. Udahla2. Rasa payah dan xsuka, didik sendiri atau buat home school.. Nnt mati, dalam tanah jgk ko.. Masa tu , baru ko bersyukur sbb anak ko boleh bantu ko dalam kubur tu.. Anak yg sentiasa doakan mak bapaknya.. Dan ank yg sentiasa utamakan akhirat berbanding dunia sempit kegilaan manusia…

  8. hamba Allah

    benda baik jadi tdk baik..bijak dan bijaksana ketua diperlukan dlm mengekal dan menyebarkan kebaikan ini..sebagai contoh..imam yg bijak dan bijaksana akan memilih surah lazim yg pendek SEANDAINYA makmumnya di kalangan otai2

  9. hamba Allah

    benda baik jadi tdk baik..bijak dan bijaksana ketua diperlukan dlm mengekal dan menyebarkan kebaikan ini..sebagai contoh..imam yg bijak dan bijaksana akan memilih surah lazim yg pendek SEANDAINYA makmumnya di kalangan otai2..lau parent di kalangan pengamal sekularisme naa..biar sikit2

  10. Ammarfalisha

    Terasa isu agama dipermainkan dalam penulisan ini dan watak ibubapa yang membuat komplain tentang aktiviti keagamaan di sekolah adalah seakan bukan kisah benar yang betul² wujud….

  11. FAHMI

    Pengetahuan agama Islam yang betul sangat penting. Pembelajaran secara berkumpulan sangat2 memberi kesan yang bagus kepada murid dan pelajar. Cepat ingat, saling bersaing untuk menjadi yang terbaik. Saya amat sokong proses pembelajaran seperti ini diteruskan. Bukannya tiap2 hari pun. Kepada penulis, fikir dulu sebelum tulis.

  12. Pie

    Cikgu didik cara tutup aurat dengan sempurna mengikut ketetapan syarak dikatakan tak masuk akal…didik bersusah payah utk disiplin ibadah dikatakn melampau….inilah yg dinamakn sekularisme, liberalisme dan pluralisme…

    • Tak suka..mohon pindah sekolah..cetek akal.

    • Baharuddin

      setuju…mereka sebenarnya telah tertipu ..yg disangka ‘baik’ pd mereka rupanya dipengaruhi sekular tànpa mereka sedari…ini pegangan merosakkan mereka sendiri…

  13. Muiz

    Biar kurang prestasi jaga kurang agama

  14. Akm

    Yg admin gi layan FMT tu buat apa? Tu mmg website yg berat sebelah dr dulu.

  15. Jai

    Tak boleh dipercayai langsung apa yg di tulis ni. Sengaja nk jadikan isu yg tak de isu pun sebenarnye

  16. Ali

    Dulu orng pandai akedemik baru quran pun xreti..sekarang ni doktor pun boleh jadi imam tarawikh..inilah hasil didikan agama semasa mereka belajar

  17. 2 anak saya product mrsm dan tiada elemen bersukan pakai baju yang labuh..tetapi kemeja t berlengan panjang tu mmglah..sebagai ibubapa kami rasa sejuk hati apabila anak kita dirumah juga tidak melupakan sunat dhuha juga menitik beratkan bacaan quran sebagai rutin mereka yang saya amat percaya hasil dari kesedaran mereka sendiri dan semestinya hasil dari didikan semasa diasrama. Sungguhpun mereka mengikuti dan menghayati ‘ritual’ tersebut masih mengekalkan pencapaian yang cemerlang 10A1 SPM dan 6A IGSE dengan straight A SPM masing2. Sehingga kini ritual tersebut sebati dlm diri mereka walaupun berada diluar negara…

  18. zalilah hj mohd zain

    pendidikan dan penghayatan agama diperlukan sesaing dengan pendidikan akademik….Kerja tiada amalan dan penghayatan agamalah bila dewasa mengjadi pemimpin wujud pemimpin yang memusnahkan ajaran agama…. Dan membuat hukum dan jalan kehidupan sendiri sedangkan jalan kebenaran kehidupan sudah disediakan oleh allah sejak 1400 lagi….

    • Stenet Kri Ching

      Satu bentuk serangan terhadap institusi pendidikan melayu islam melalui kaedah penulisan. Situasi yg direka² untuk mencetuskan polemik sebelum serangan seterusnya disusun dan dilancarkan.

  19. Zali khamis

    Segala ilmu yg ada di atas muka bumi ini adalah ilmu Allah. Guru, ustaz, sekolah dan pondok hanyalah perantaran Allah yg empunya ilmu dgn kita yg tiada apa².
    .
    Luasnya ilmu Allah tiada perbandingan. Ilmu yg ada pd kita umpama setitis dakwat yg jatuh ditujuh lautan. Jangan sombong bila kita ada sikit ilmu

  20. Azlina Binti Md Akhir

    Saya merasakan artikel ini sengaja direka reka oleh pihak yang tidak sukakan agama Islam. Watak2 yang digambarkan adalah palsu belaka. Mereka ini sengaja membangkitkan isu sbb rasa xsenang hati melihat orang Islam mempraktik ajaran Islam.

  21. Azzie

    Dirumah kita pon belum tentu mampu nak jaga solat anak 5 waktu ngaji bersama
    Smg ibu bapa yg xsetuju dgn didikan agama Di sek diberi hidayah dan pulang ke pangkal jln.

  22. Sir Khairuddin

    Ni mesti mak ayah liberal.. wahai mak ayah liberal, kat Maahad² tahfiz kerajaan negeri Kelantan, lagi mahal yuran sebab kerajaan negeri tak banyak dana.. Tapi berebut parents bawak anak interview.. Yang datang pulak ramai golongan profesional.. Aku sendiri produk Maahad, aku sekarang cikgu BI.. Agama ni untuk amalan tiap saat, kau cikgu ke, banker ke, lawyer ke, businessman ke, doktor ke, agama kena sentiasa ada untuk bimbing kau.. Aku dulu sekolah Maahad Muhammadi KB, 22 subjek kot rilek je.. Jangan sampai anak kau dapat kerja best, tapi solat tak reti, nanti jenazah kau pun dia reti nak tolong solat dan mandikan.. dasar liberal.. Kau bawak keluar anak kau dari sekolah tu, hantar je ke sekolah yang liberal..

    • At

      Fahamilah wahai ibubapa yg mengeluh…Dunia dicipta utk manusia tapi manusia dicipta utk Akhirat…wajib pelajaran agama diutamakan walaupun penat mengerjakannya.kemenangan di Akhirat adalah kemenangan yg Mutlak.Tiada lg kemenangan sebenar kecuali Bahagia di Syurga.
      Rezeki…Allah yg tentukan.Berjaya di dunia tanpa beriman hanya dapat dunia sahaja.Tak berjaya di dunia tapi beriman, yakinlah anda berjaya di Akhirat.Berjaya di dunia dgn iman yg teguh, anda telah pegang kedua-duanya…beribadatlah dan bertakwalah kepada Allah walaupun penat…yakinlah Akhirat itu sungguh manis dan kekal selamanya…Wassalam.

  23. jongos

    laa..aku try kaji ayat2 diatas,ternyata laporan tu smua rekaan semata2..ni smua nk pnaskn keadaan skrg yg tgh pnas..jgn lyan brite2 mcmni..klu kite lyn lg dorg suke

  24. Ade jugak mak bpk yg cetek akalnya

  25. Norizal

    Bila orang Islam tidak faham Islam sebagai cara hidup… Saya dapat WA message dari Muafakat MRSM bahawa ada ibubapa yang complaint. Anak-anak MRSM diminta hafal surah Al-Mulk tak kira stream MRSM yang disertai. Aktiviti hafazan ini dilakukan tiap-tiap hari.. Ibubapa yang tak faham ni tidak tahu kejayaan dunia dan akhirat yang anak-anak ini lakukan… Sembahyang berjemaah wajib untuk lelaki. Bakal ketua keluarga. Majlis ilmu … malaikat akan mencatat pahala lumayan untuk anak-anak dan ibubapa.

    Saya berpendapat complaint ini ada berkait dengan anasir-anasir luar yang mempengaruhi sebilangan kecil ibubapa Islam agar MRSM tiada unsur-unsr Islam dan menjadi pusat pendidikan yang liberal..

  26. Siti

    Sy dulu sekolah asrama penuh ok je kena paksa solat jemaah di masjid setiap 5 waktu. Lepas solat zohor wajib baca quran dgn ustazah. Sebelum tidur semua penghuni dorm diwajibkan baca al Mulk. Tiap kali ada solat malam, wajib join bangun seawal 5 pagi. Pakaian tiap kali keluar asrama pengawas cek menutup aurat ke tak. Waktu outing lelaki dan perempuan diasingkan minggu yang berbeza supaya takde yang curi-curi dating. Tapi pencapaian akademik pelajar di sekolah saya tak pernah mengecewakan dari dulu sehingga sekarang. Ramai yang dah berjaya pegang jawatan besar walau bukan saya. Sekurang-kurangnya saya jadi manusia yang taat melakukan solat 5 waktu tanpa culas, pandai baca Quran hanya disebabkan peraturan ritual sebegini.

  27. Nora umasa

    Sy keluaran mrsm …mujur masuk sana lengkap ilmu dunia akhirat… siapa yg xsuka, better bawak keluar anak dia..jgn kerana anak dia semua org terpalit

  28. Mohd Asri

    Betulke cerita ni tuan admin…macam cerita tak betul je

  29. Halim Saad

    Cg Halim..Harus berterima kasih banyak..kerana anak2 kita ada guru yg sudi guna masa untuk mendidik..Rasanya tiadapun unsur deraan dan melampau dalam hal pendidikan..Kepada waris ini elok dicadangkan pindah sahaja anak kesayangannya ke sekolah lain yg lebih sesuai dengannya..

  30. Asmawi Adnan

    INILAH SITUASI IBUBAPA HARI INI YANG JAHIL BAB AGAMA TAPI TAK BERUSAHA NAK BELAJAR AGAMA
    APA YANG KITA KEJAR DALAM HIDUP INI DUNIA HANYALAH SATU PERSINGGAHAN…

  31. Ibu prihatin

    Apa yg nak dikejar sgt berjaya di dunia…setakat dpt kemewahan sementara shj… yg penting kena kejar akhirat supaya kt tergolong dr kalangan penghuni syurga Allah..

    Ambk dunia berpada-pada…kerana semuanya bakal dihisab…kt sudah diakhir zaman..perbanyakan amalan menuju ke sana…klau kt x mampu mendidik ank2 ttg agama..biarlah kt serah pd yg beragama…x usah nak komplain….klau setakat bangun jam 3 utk solat tahajjud..apa lah sgt..klau nak dibandingkan dgn ank2 yg lqngsung x tido kerana layan psp…gajet dll

  32. Ayub

    Ni mesti anak siti kasim haha

  33. Latiff Mahidin

    Dua drp anak saya merupakan bekas pelajar MRSM . Tiada masalah dgn aktiviti keagamaan dn tdk pula menganggu prestasi akedemik mereka malah hampir setiap.tahun memperolehi anugerah pengetua .
    Apa yg sy lihat aktiviti agama yg dijlnkan oleh pihak.MRSM tdklah terlalu berlebihan spt yg didakwa .
    Solat tahajjud bkn nya dilakukan.pd setiap mlm . Solat hajat hanya dilakukan.apabila para pelajar bakal menghadapi peperiksaan penting, juga tdk.dilakukan.setiap mlm .
    Pelik juga ada ibubapa yg tdk mahu lihat anak2nya berjaya dunia akhirat .
    Tambqh pelik ibubapa yg byk complain ni boleh pulak biarkan anaknya meneruskan pengajian disitu hingga tamat . Selepas tamat baru kata mcm2 .Jika tdk bersetuju mengapa tdk dari awal bawa keluar anak dn cari tmpt yg difikirkan lebih baik . Secara tdk langsung kekosongan tersebut boleh diisi oleh pelajar lain yg lebih bersungguh sungguh .

Leave a Reply

Theme by Anders Norén