Aktivis Gay dilantik pegawai khas Syed Saddiq?

0
6169

Aktivis gay, Numan Afifi dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Jika benar itu berlaku, ia adalah sesuatu yang mengejutkan dalam pentadbiran era baharu Malaysia yang kini dipimpin Pakatan Harapan (PH).

Perkara itu didedahkan sebuah laman portal berita, Menara.My yang kini tersebar di laman sosial termasuk gambar dan aktiviti berkaitan individu berkenaan.

Numan mencetuskan kontroversi apabila cuba menganjurkan iftar gay.

Memetik laporan Malaysia Kini pada 15 Jun 2017 lalu, Numan Afifi yang juga Presiden Pelangi Campaign pernah menganjurkan majlis iftar ‘Gay’ dan berkata “beliau menganjurkan majlis iftar ‘Gay’ semata-mata mahu menyatupadukan masyarakat pelbagai latar untuk berbuka bersama-sama serta berdialog supaya kasih sayang dapat disebarkan”.

Numan turut menyatakan bahawa acara iftar ‘Gay’ yang dibuat sebelum ini adalah untuk memperingati 49 anggota komuniti LGBT yang terkorban dek tragedi keganasan di Orlando, Florida pada 12 Jun 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here