Airasia jalin kerjasama dengan Nur Sajat

0
195

Nama usahawan kosmetik Nur Sajat tidak perlu diperkenalkan lagi. Boleh dikatakan populariti Sajat mengalahkan selebriti, tambahan pula Sajat kini bergelar penyanyi apabila tampil dengan lagu terbaru ‘Bobo Di Mana’ bersama Datuk Seri Aliff Syukri dan Lucinta Luna.

Walaupun pelbagai kontroversi melanda dirinya, ramai yang mengagumi Sajat di atas pencapaiannya sebagai usahawan yang berjaya.

Bermula dengan memperkenalkan produk kecantikan, bengkung, kini Sajat mempunyai perniagaan emasnya sendiri.

Baru-baru ini menerusi Instagram, Sajat kongsikan bahawa syarikat penerbangan tambang murah popular iaitu AirAsia memilih produk jenamanya serta menjalin kerjasama untuk membekalkan produk bengkung kepada kru penerbangan.

Sajat turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada AirAsia di atas kepercayaan tersebut dan sangat teruja kerana produk jenamanya akan terbang ke awan biru.

Ujar Sajat lagi, produknya itu akan ddiedarkan kepada semua kru penerbangan Air Asia Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, India, Jepun dan Thailand.

Apa pun ini adalah rezeki untuknya dan siapa kita untuk memperkatakan mengenai rezeki seseorang. Lebih baik jika kita mendoakan yang baik-baik daripada terus mengata atau menafikan tentang kejayaan orang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here