Portal berita terbaik anda

Utama

Ahmad Zahid sah ditahan SPRM, bakal didakwa esok

SPRM hari ini menahan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas timbalan perrdana menteri itu akan berdepan dengan beberapa pertuduhan membabitkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang melibatkan dana sebuah yayasan milik keluarganya.

Penahanan itu dibuat pada jam 3.15 petang di ibu pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini, setelah bekas timbalan perdana menteri itu diarahkan untuk hadir.

Menurut kenyataan SPRM, Ahmad Zahid dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok untuk pendakwaan.

“Ia (SPRM) mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara,” kata kenyataan itu hari ini.

Ahmad Zahid akan dituduh mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sebelum itu, Ahmad Zahid hadir ke SPRM sekali lagi hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes penyelewengan dana sebuah yayasan.

Ia merupakan kali keenam bekas timbalan perdana menteri itu dipanggil ke SPRM berhubung siasatan kes berkenaan.

Ahmad Zahid yang menaiki kenderaan jenis Lexus berwarna putih itu tiba di ibu pejabat SPRM pada kira-kira 3 petang.

Anggota Parlimen Bagan Datuk yang berbaju batik itu sentiasa tersenyum dan melambai-lambai kepada kumpulan pengamal media yang bersesak-sesak mahu merakamkan kelibatnya sehingga beliau hilang daripada pandangan.

Kira-kira 50 penyokong Ahmad Zahid pula menunggu di pintu masuk bangunan SPRM untuk menunjukkan solidariti terhadap presiden Umno itu.

Loading...

Leave a Reply