Ahmad Said dilantik Pengerusi Umno Terengganu

0
214

KUALA TERENGGANU – Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said kembali memegang jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu (BPUNT) menggantikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, bermula hari ini.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan di Pejabat BPUNT, di sini hari ini.

Ahmad, 61, pernah menyandang jawatan yang sama selama lebih lima tahun ketika menjadi Menteri Besar antara 2008 hingga 2014.

Pelantikan Ahmad itu sebagai persediaan merampas kembali Terengganu daripada PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) depan.

Terdahulu, Mahdzir dilantik memegang jawatan Pengerusi BPUNT menggantikan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang tewas dalam pemilihan parti peringkat bahagian pada Jun tahun lepas.

Bagaimanapun, ia mendapat bantahan pelbagai pihak dalam UMNO Terengganu yang menyifatkan pelantikan ‘orang luar’ sebagai Pengerusi BPUNT tidak patut berlaku dan satu penghinaan kepada ahli parti di negeri ini.

Ahmad Said akan memegang jawatan tersebut bermula 2018 sehingga 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here