Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

Ahli PKR kini berjumlah 1 juta

PONTIAN – Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini mempunyai keahlian hampir satu juta orang selepas kejayaan Pakatan Harapan (PH) menerajui negara pada 9 Mei tahun lalu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Mohd. Rashid Hasnon berkata, pertambahan sebanyak 600,000 berbanding 400,000 sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menunjukkan satu peningkatan yang tinggi.

“Jumlah Cabang PKR pula yang ada setakat ini adalah sebanyak 219 cabang di seluruh negara dan akan mencapai 222 buah sebagaimana kawasan Parlimen sebelum Kongres Nasional PKR pada awal Disember ini.

“Cabang PKR Tanjung Piai yang dirasmikan penubuhannya hari ini merupakan cabang PKR ke-219 diikuti Cabang PKR Mersing yang ke-220 diikuti dengan dan Tanjung Manis di Sarawak,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung PKR Cabang Tanjung Piai bagi kali pertama di Pusat Perdagangan Pontian, di sini pagi ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim dan Ketua Penaja PKR Cabang Tanjung Piai, Rosman Tahir.

Seramai 449 ahli PKR Cabang Tanjung Piai layak mengundi dan membuat pemilihan calon-calon yang bertanding terutama bagi Jawatan Ketua Cabang yang melibat tiga calon.

Ketua Penaja PKR Cabang Tanjung Piai, Rosman Tahir akan dicabar oleh Ismail Zailani dan Mohd. Zaiful Bakri.

Keputusan pemilihan bagi semua jawatan yang dipertanding akan diketahui pada pukul 7 malam ini.

“Saya harap mereka dapat bertanding dalam suasana kekeluargaan sejajar dengan konsep demokrasi yang diamalkan dalam PKR selama ini,” ujar Mohd. Rashid yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén