Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

Ahli perniagaan maut kemalangan, isteri luah rasa pilu

MELAKA – Seorang ahli perniagaan maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta di Jalan Tun Kudu di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.20 petang itu, mangsa, Norain Jazman, 44, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Deputi Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis BMW 1000RR dalam perjalanan dari arah Ayer Keroh menghala ke Sungai Rambai.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang gadis berusia 21 tahun.

“Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelasnya, pemandu Axia berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa yang dikenali sebagai Zuera redha dengan pemergian suami tersayang dalam sekelip mata.

Dalam perkongsiannya di Facebook, Zuera mendoakan agar roh suaminya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Loading...

Leave a Reply