Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Agong, Permaisuri kuarantin diri selepas 7 petugas Istana Negara positif Covid-19

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong ,Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari, selepas tujuh petugas Istana Negara dikesan positif Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan pada Khamis berkata kedua-duanya menjalani proses kuarantin bermula Rabu.

Menurut Ahmad Fadil lagi, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif.

Tambahnya, kesemua petugas Istana Negara yang dikesan positif Covid-19 itu, berada dalam keadaan stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Selasa lalu.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengenal pasti punca jangkitan berkenaan.

Susulan perkembangan itu, menurut Ahmad Fadil, Al-Sultan Abdullah dinasihatkan tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan semalam (Rabu) dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik Covid-19 pulih.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan kepada pengumuman awal keputusan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April ini.

“Seri Paduka Baginda turut berharap semua rakyat Malaysia tabah menghadapi dugaan dan terus memberi sokongan kepada petugas-petugas kesihatan dan keselamatan,” katanya.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén