Portal berita terbaik anda

Utama

Agong baharu akan dipilih pada 24 Januari

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang diadakan hari ini di Istana Negara menetapkan tarikh 24 Januari ini untuk mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Mesyuarat itu turut menetapkan bahawa Mesyuarat Khas bagi acara mengangkat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan pada 31 Januari.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, pertemuan yang diadakan pada pukul 10.30 pagi tadi itu turut mengambil maklum dan menghormati hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V untuk berundur diri dan turun takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa semalam.

Katanya, Sultan-Sultan yang menghadiri mesyuarat tadi ialah ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah; dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang tidak berangkat kerana Baginda kurang sihat dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor tidak berangkat kerana berada di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLIE

Loading...

Leave a Reply