‘Sombongnya.. tak macam Ebit Lew’ – Netizen tak puas hati pendakwah jatuhkan maruah penerima bantuan

Tular di media sosial video seorang pendakwah sedang memberikan ‘ceramah’ sebelum memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Video tersebut menjadi pertikaian kerana tindakan pendakwah itu yang menuduh penemrima bantuan tidak solat dengan hanya melihat cara mereka berpakaian.

Ia turut menarik perhatian Ustaz Syihabudin Ahmad yang mengkritik tindakan pendakwah itu yang seolah-olah memandang rendah penerima bantuan selain dilihat memalukan mereka dengan soalan-soalan mengenai agama.

Bukan itu sahaja, pendakwah itu juga dilihat membangga diri kerana mempunyai seorang anak yang hafiz al-Quran malah dirinya juga telah mengerjakan haji sebanyak dua kali.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan pendakwah mlah ada yang membandingkan sikap lembut Ustaz Ebit Lew dalam menyampaikan dakwah kepada golongan yang susah.

Loading...

Leave a Reply