Agak-agaklah nak menipu orang tua, barang RM600 kau ‘ketuk’ sampai RM8,000

Seorang pengguna Facebook meluahkan rasa geram selepas ayahnya yang berusia 70 tahun didakwa telah ditipu oleh sebuah syarikat yang menjual produk kesihatan di sebuah pasar raya di Wangsa Maju.

Difahamkan, ayah kepada Shanor Hijas telah diperdaya untuk membeli barangan dengan harga RM8,000 sedangkan harga yang sebenar cuma RM600. Memang kejam!

Bukan sahaja harganya terlalu mahal, malah barang yang diterima juga tidak cukup seperti yang dijanjikan kerana kehabisan stok.

“Abah saya kena scam dengan anak-anak muda ni. Dik, abah akak dah nak 70 tahun dik, sampai hati kau perkotak-katikkan abah akak dan suruh abah akak bayar air purifier dengan foot massage sampai 8k.

“Dah la foot massage tu dia tak bagi. Dia bagi 2 air purifier. Takda stok katanya!,” tulis Shanor dalam nada kesal.

Katanya, jurujual turut menjanjikan pelbagai barangan percuma namun, semua itu hanyalah dusta semata-mata demi melariskan jualan mereka.

Bercerita lebih lanjut, Shanor bersama adiknya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan jurujual tersebut.

Walau bagaimanapun, jurujual tersebut ketika ditemui tidak menunjukkan sebarang respon rasa bersalah dengan apa yang telah terjadi.

“Akak, bab-bab aniaya family ni, memang tak boleh sabar. Tetiba darah bertukar jadi karnivor. Lari keluar opis, ajak adik akak, pi amek abah, bawak balik ke mall itu. Ghhrr…selamber sangat muka korang ni eh. Tak ada rasa bersalah kat orang tua langsung.

“Akak tinggal tak tampar je muka kau dua orang tadi. Adik akak tu smpai kembang-kembang perut tahan marah tau. Kenangkan abah asyik bisik kat aku ‘sabar…bincang elok-elok’. Fuhh.. mengucap jap,” katanya.

Jelasnya lagi, duit ayahnya sudah dipulangkan semula pada masa yang sama dia turut menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dengan modus operandi yang digunakan oleh penjual ini dalam mengaburi mata pembeli.

“Pesan kat mak abah kita naa. Depa-depa ni ada ja kat market-market, menunggu mangsa orang-orang tua cam mak abah kita. Semoga keluarga kita sentiasa di bawah lindungan-Nya,” katanya.

Sumber: Shanor Hijas

Loading...

One Response

  1. zainab abdul manap March 23, 2021

Leave a Reply