Afgan, Rossa bernikah senyap-senyap?

0
351

Penyanyi popular Indonesia, Afgan menafikan dakwaan bahawa dia telah berkahwin dengan penyanyi Rossa baru-baru ini dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.

Menurut laporan Liputan6.com, Afgan mengakui dakwaan tersebut adalah tidak benar dan dia masih belum mempunyai isteri.

“Sejujurnya ramai yang menanyakan saya mengenai hal itu dan apa yang boleh katakan bahawa saya belum berkahwin.

“Mungkin apa yang dikatakan itu adalah doa daripada orang ramai kepada saya dan itu sesuatu yang positif.

“Apapun teruskan berdoa agar saya segera berkahwin dan tidak kiralah siapa pun calonnya kerena yang penting saya bahagia,” katanya.

Sebelum ini Rossa pernah berkahwin bersama Yoyo, vokalis kumpulan Padi namun mereka telah mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2009 lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here