Portal berita terbaik anda

Viral

Ibu muda persis anak dara, remaja disalah anggap bergambar dengan kekasih

Memiliki ibu muda jelita seringkali mengundang salah tanggapan di kalangan masyarakat.

Ini yang berlaku kepada Affa Danial apabila gambarnya bersama ibu disalah erti warga maya.

“Ya Allah aku ingatkan itu kekasih dia,” coret warga maya Adam Danial.

“Mesti sebab mak dia pakai pendakap gigi. Nampak macam orang muda,” coret Hanif Husin pula.

Affa yang memuatkan gambar berkenaan pertengahan bulan lepas tular selepas ramai menyangka beliau bergambar bersama kekasih.

Gambar berkenaan pula hampir disalah erti selepas Affa mengucapkan selamat ulang tahun kepada “mama” beliau.

Istilah “mama-papa” sering digunakan sebagai kata ganti nama pasangan bercinta pada masa kini.

Foto berkenaan terus mendapat reaksi warga maya selepas ia diulang kicau lebih 12,000 kali dan disukai 19,000 pengguna Twitter.

Loading...

Leave a Reply