ADUN Pengkalan Batu beri tempoh 24 jam tarik balik video viral

0
602

AYER KEROH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus menabur fitnah dan cuba mencemar nama beliau menerusi sebaran video yang berlaku hari ini.

Norhizam yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Melaka berkata, dia kesal apabila sekumpulan penduduk Pengkalan Batu sengaja menimbulkan provokasi apabila isu jalan alternatif di Taman Akasia, Sungai Putat dimanipulasi oleh pihak berkepentingan.

Tambah Norhizam, sebagai seorang Exco beliau sedar akan tanggungjawab dan sentiasa menjaga tingkah laku, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Menurut Norhizam lagi, pada awalnya, beliau hanya mahu mengadakan perbincangan bagi menghalang sekumpulan penduduk menggunakan laluan alternatif di hadapan Taman Akasia kerana ia membahayakan penduduk.

Sedangkan, katanya laluan utama sudah sedia ada bahkan jalan yang sebelum ini berlubang sudah diturap dengan kos RM120,000 setiap satu kilometer.

“Sudah ada jalan yang baik dan elok, tidak lagi berlubang dan baru diturap, kenapa tidak gunakan jalan tersebut?.

“Saya tidak maki hamun mereka, saya cuma tinggikan suara kerana mereka yang mulakan. Jadi di mana salahnya saya.

“Kenapa mesti viralkan video berdurasi pendek yang hanya memaparkan pertelagahan antara saya dengan penduduk tersebut.

“Kenapa tidak viralkan rakaman video penuh dari mula hingga akhir supaya masyarakat tahu apa perkara sebenar,” tokok beliau.

Norhizam berikutnya berkata mereka yang membuat tuduhan liar sengaja mempolitikkan isu tersebut sedangkan tidak mengetahui apa yang berlaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here