Portal berita terbaik anda

Utama

Adun DAP Melaka kecam program solat berjemaah Zakir Naik

Adun DAP, Kerk Chee Yee menggesa semua pihak di Melaka mengikuti semangat daripada keputusan ketua menteri untuk mengharamkan pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik daripada mengadakan program di negeri itu.

Ini selepas tersebar poster “Malam Islam Bersatu” yang memaparkan gambar Zakir dan Pengerusi Masjid Cina Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen dalam satu majlis yang akan diadakan pada 7 September ini.

Mohd Rafiq merupakan exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri Melaka dan juga ahli majlis tertinggi PPBM.

Kerk yang juga exco komunikasi, multimedia, NGO, pembangunan belia dan sukan berkata walaupun Zakir tidak berceramah pada majlis itu, beliau merupakan individu yang menimbulkan kontroversi antara masyarakat Malaysia.

“Semua pihak daripada kerajaan negeri Melaka harus bertindak mengikuti semangat (act in spirit) keputusan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari yang mengharamkan Zakir Naik berceramah di Melaka supaya kesejahteraan masyarakat dapat dipelihara,” kata Kerk dalam hantaran di Facebook malam tadi.

Terdahulu, Mohd Rafiz yang berkongsikan poster program berkenaan memaklumkan bahawa Zakir akan menghadiri solat berjemaah dan ibadah sunat di Masjid Cina Melaka pada Sabtu ini.

“Moga majlis ini berjalan lancar, dipermudahkan, diberkati dan dilindungi Allah swt. Amin,” kata Mohd Rafiz menerusi Facebook.

Pada 19 Ogos lalu dilaporkan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari mengumumkan bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan Zakir berceramah di negeri itu.

Keesokan harinya, polis mengenakan larangan menyeluruh ke atas program-program berkaitan Zakir di seluruh negara atas sebab-sebab keselamatan.

Loading...

2 Comments

  1. Dia tak berceramah pun jadi kita nampak motif sebenar kebencian dap tu bukan terhadap ceramah tetapi terhadap nama zakir naik jadi apa pun yang zakir naik buat mereka tak kan suka ,sayang nya dap terlupa sembahyang itu agama dan islam agama resmi negara mereka tak bolih campur urusan islam harap kerajaan negeri tegas dalam lindongi agama islam.

  2. Dia tak berceramah pun jadi kita nampak motif sebenar kebencian dap tu bukan terhadap ceramah tetapi terhadap nama zakir naik jadi apa pun yang zakir naik buat mereka tak kan suka ,sayang nya dap terlupa sembahyang itu agama dan islam agama resmi negara mereka tak bolih campur urusan islam harap kerajaan negeri tegas dalam lindongi agama islam.

Leave a Reply