Portal berita terbaik anda

Viral

Ada netizen dengki, minta Sugu Pavithra tutup saluran Youtube

Hanya suka berkongsi resepi masakan dan kisah kehidupan sederhana bersama keluarga di saluran Youtube, seorang suri rumah, S Pavithra, 28, kini semakin dikenali ramai.

Saluran Youtube Sugu Pavithra miliknya bersama suami M Sugu, 29, berjaya menambat hati rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dengan jumlah tontonan dan subscriber yang naik mencanak.

Nama baru naik, ada juga yang dengki

Pun begitu, seperti kalangan Youtuber yang lain, Pavithra juga tidak dapat lari dari rasa tidak puas hati netizen. Biasalah, apabila nama melonjak naik sudah pasti ada yang berasa dengki.

Tak bagi Sugu Pavithra kongsi resepi masakan

Menerusi salah satu komen yang di pinned dalam saluran Youtube Sugu Pavithra, memaklumkan terdapat segelintir netizen yang berbangsa India mengecam dirinya dalam bahasa Tamil.

Menurut komen tersebut, ada dalam kalangan netizen kurang senang melihat Pavithra berkongsi resepi-resepi masakannya dengan orang ramai sehingga meminta dia menutup saluran Youtube.

Kami tetap sokong Sugu Pavithra

Bagaimanapun, hanya segelintir sahaja netizen yang tidak menyukai perkongsian dari Pavithra. Sebahagian besar subscriber tetap menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi padanya untuk terus berkongsi video masakan terutamanya resepi kaum India.

Jom support Sugu!

Dengki ni kat mana-mana bangsa pun ada

Ingatkan Melayu jer suka dengki

Ini dah boleh jadi kes cyber buli, harapnya lepas ini pihak berwajib boleh trace netizen-netizen kaki dengki yang tak senang duduk tengok kejayaan orang lain.

Loading...

Leave a Reply