Portal berita terbaik anda

Utama

‘Ada kata PH jatuh 66 hari lepas sumpah laknat saya’ – Najib

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menolak Allah SWT telah menunjukkan kebenaran susulan sumpah laknat yang dibuatnya apabila runtuhnya kerajaan PH yang didakwa menganiayai dirinya.

Ahli Parlimen Pekan dipetik portal Malaysia Gazette berkata terdapat pihak yang mengatakan kejatuhan PH berlaku “66 hari” selepas beliau melakukan sumpah laknat terhadap pihak yang dikatakan memfitnahnya berhubung pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

“(Soal 66 hari)itu saya tidak boleh nak buat kesimpulan, cuma ayat terakhir dalam sumpah laknat itu memang berat.

“Saya fikir banyak kali saya nak sebut. Sebab ayat itu kalau maknanya kalau saya bohong saya minta Allah jahanamkan saya dunia dan akhirat.

“Dan kalau ada pihak yang fitnah kepada saya, selagi mereka tidak minta maaf, saya minta mereka dilaknat oleh Allah SWT,” katanya.

Jelas Najib walaupun berat untuk beliau menyebut perkataan tersebut ketika itu tetapi: “Saya sebut juga, sebab saya nak tegakkan kebenaran.”

“Saya tak ada cara lain la sebab terlalu sangat fitnah kepada saya. Yang saya fikir orang putih kata enough is enough la.

“Itu senjata terakhir saya, saya pohon kepada Allah dan Allah telah menunjukkan. Allah akan tunjukkan siapa benar,” katanya lagi.

Sumpah laknat itu dilakukan pada bulan Disember 2019. Ia sebagai tindak balas bekas perdana menteri terhadap tuduhan daripada bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) polis Azilah Hadri bahawa Najib telah mengarahkannya membunuh Altantuya pada tahun 2006.

Pada akuan berkanun (SD) dari hukuman mati, Azilah mendakwa Najib telah meyakinkannya bahawa Altantuya adalah perisik asing yang menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara.

Loading...

Leave a Reply